07 April 2017

Menginap di Hotel Bayview Melaka

7 April 2017.

Entri campak belakang untuk bulan lepas. Tak sempat nak masukkan dalam blog sebab bulan Mac adalah bulan yang sangat hectic. Boleh kira berapa kali masuk pejabat sebab kebanyakan masa kami beradi di luar, di lokasi program rasmi kerajaan negeri. Awal bulan Mac, kami sibuk dengan persiapan dan bertugas di semua lokasi lawatan rasmi Agong. Nak berulang alik ke rumah selepas selesai semua kerja-kerja memang sangat meletihkan, so kami stay di hotel berhampiran.

Hotel pertama adalah Hotel Bayview Melaka, hotel bersebelahan Hotel Ramada tempat taklimat pembangunan negeri kepada Agong diadakan. Bos tempahkan bilik hotel untuk kami, disebabkan aku seorang je perempuan dalam team ni, jadi dapat la stay 1 bilik. Yang lain berkongsi tidur dalam bilik yang lain. Hotel yang sederhana dengan rekabentuk perabot biasa-biasa. Bolehlah untuk melelapkan mata tidur semalam. Tak sempat nak explore apa yang menarik di hotel ni sebab awal pagi keesokkan harinya aku dah kena check-out untuk bertugas di Banda Hilir pula. Menu breakfast di hotel ini memuaskan, basic menu semua ada. Owh, parkir di hotel ini adalah percuma jadi tiada masalah sekiranya kita jenis keluar-masuk hotel sepanjang hari.







No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)