26 March 2017

WWF-Malaysia Earth Hour Melaka 2017 Night Walk

26 Mac 2017.

Malam semalam (25 Mac 2017) kami suami isteri menyertai program WWF-Malaysia Earth Hour Melaka 2017 Night Walk yang berlangsung di hadapan Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan, Banda Hilir. Dapat makluman tentang program ini melalui hebahan di FB, jadi daftar dengan urusetia WWF Malaysia untuk sertai walk. Aktiviti ini boleh disertai secara percuma tapi jika berdaftar dan bayar fee, akan dapat t-shirt WWF Malaysia dan diakhir walk akan menerima medal kayu yang diperbuat daripada "recycled remnant wood and Forest Stewardship Council (FSC) certified wood veneers".

Walk sejauh 2.0km ini kami dapat selesaikan dalam tempoh 20 minit lebih dan selepas itu kami beransur balik ke rumah. Seronok dapat sertaikan aktiviti charity seperti ini dan inshaAllah tahun depan kami akan sertai jika ada peluang dan masa.


2 comments:

  1. Replies
    1. walaupun tak berlari, tapi seronok la dapat join aktiviti-aktiviti macam ni. :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)