28 March 2017

Genap Setahun Berlari

28 Mac 2017.

Genap setahun rupanya terjebak dengan aktiviti berlari ni. Bermula dengan program Heritage Colour Run 2016 di Pantai Klebang, sekarang dah sertai larian-larian di luar Melaka. Dari kategori fun run 5KM, kini dah berjaya habiskan larian 10KM. Dalam tempoh setahun, kami berdua dah berlari di Melaka - Putrajaya - Cyberjaya - Johor dan juga Kuala Lumpur. InshaAllah jika ada rezeki, kami (aku punya impian sebenarnya hehehe) aim nak berlari di Pulau Pinang dan juga di Pantai Timur. Selepas ni nak cabar diri untuk cuba berlari untuk kategori 10KM ke atas.....


Dan malam tadi mendaftar larian untuk MyBuddies Run 2017 yang akan diadakan di MAEPS, Serdang pada bulan Ogos 2017 nanti. Alhamdulillah, bulan April sehingga bulan Oktober ini terisi sekurang-kurangnya 1 larian normal run. Virtual run dah slow down sikit buat sementara waktu ni, cuma kalau event dan finisher medal menarik, memang akan dipertimbangkan. 

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)