12 January 2017

Menu Snacking Yang Lulus


12 Januari 2017.

Inilah dugaan semasa berkursus/bengkel. Memang menguji keimanan betul la. Aku tolak jauh-jauh bekas berisi gula-gula tu dari pandangan mata. Tapi alhamdulillah dah prepare bekal snacking dibawa bersama semasa berbengkel. Setakat ini aku sediakan bekal buah-buahan untuk snacking belah pagi dan kekacang untuk snacking belah petang.


Semalam dalam group WA Online Coaching ada yang share gambar promosi sempena CNY iaitu harga promosi kekacang di 7E. Coach kata lulus tapi masih kena ikut sukatan yang dibenarkan. Jadi apa lagi, lepas balik berjogging petang semalam lepas waktu kerja terus ajak suami singgah 7E borong kekacang brand Pagoda tu.

Semalam tekadkan hati untuk berjogging selepas waktu kerja. Tak boleh la wei, kena gak berjogging / brisk walking sebelum larian Ahad ni. Berpeluh-peluh badan dapat berlari 3KM di Taman Botanikal walaupun 30 minit, InshaAllah hari ni dan esok pun nak berjogging lagi dengan suami, sebelum hari Sabtu rehatkan otot (recovery).

2 comments:

  1. x penah jumpa lg bengkel/training yg provide healthy food/snack... huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ST? Kalau ada provide kacang pun, biasanya pada meja top management yang merasmikan program atau meja CM. Tapi, biasanya kacang-kacang yang salted la....huhuhu....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)