01 January 2017

4.2KM Pertama Untuk Permulaan 2017


01 Januari 2017.

Permulaan tahun baru dengan berjogging sejauh 4.2KM di sekitar taman perumahan dengan suami. Set target untuk habiskan cabaran virtual run 10KM sementara masih bercuti ni. InshaAllah boleh.

Owh ye. Start hari ni reset balik pemakanan sihat untuk usaha menurunkan berat badan. Mana yang boleh tinggalkan, kita tinggalkan terus. Kalau tak dapat, kita kurangkan. Minum air secukupnya untuk keperluan tubuh badan.

3 Perkara Yang Kita Perlu Faham Sebelum Mulakan Senaman
- Nota dari video live coaching Coach Yatie Nadzli (31 Disember 2016)

1) Konsep 20% senaman & 80% pemakanan

- Bila dah turunkan berat badan, akan lebih mudah nak bersenam sebab badan dah lebih ringan
- Jangan fokus pada senaman semata-mata jika tak faham tentang pemakanan (apa jenis makanan yang kita patut makan)

2) Kena faham berapa kalori yang kita kena makan dan apa nutrisi yang kita dapat

- contoh : kalau kita dah bakar 300 kalori semasa bersenam, takkan nak makan nasi lemak (500 kalori) lepas tu..kan buang masa dan tenaga je tu?
- Silap kalau kita tak makan apa-apa sebelum bersenam (bersenam dengan perut kosong). Pre-workout kita kena makan karbohidrat kompleks (pisang, roti wholemeal), post-workout kena makan protein (protein shake, telur).

3) Kita kena faham apakah jenis senaman yang sesuai dengan diri kita

- Katakan berat badan kita sekarang 100KG, takkan kita nak buat insanity max (high intensity) workout?
- Fokus pada penurunan berat badan, buat senaman yang sesuai ikut kemampuan diri
- Jangan ikut-ikut orang (contoh: tabata, push up)
- Kalau kita jalan kaki 20 minit sehari & jogging di taman pun dah memadai
- Buat senaman yang kita boleh buat di rumah dan tak ada alasan untuk tidak buat (contoh kalau hujan, tak boleh berjogging kat luar rumah)

Tips Bersenam:
a) Boleh lose weight kalau jaga makan tanpa bersenam. Tapi jika kita bersenam untuk turun berat badan, badan kita takkan flabby dan nampak muda.
b) Minum air yang secukupnya.
c) Freelatic bagus tapi kena ikut kemampuan.
d) 30 minit selepas senaman adalah masa terbaik untuk beri badan kita makanan terbaik; iaitu protein. Jadi boleh minum shake protein lepas bersenam.
e) Kalau kita tak makan makanan yang betul dan buat senaman yang ekstrem, lepas senaman badan kita akan sakit, lenguh dan kaki tak boleh jalan.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)