02 January 2017

10.0KM Untuk Virtual Run Pertama 2017


02 Januari 2017.

Hari kedua tahun 2017 masih diteruskan dengan aktiviti berjogging sejauh 6.0KM dengan suami. Haa...ingatkan nak keluar rumah awal pagi tapi dok was-was bila tengok langit mendung semacam je. Tapi kan, bila fikirkan balik ini sahaja masa yang ada untuk beriadah sebelum masuk kerja esok, kuatkan juga semangat dan terus bersiap.

2KM terakhir berjogging, hujan turun renyai. Alamak...teruskan juga la nak tak nak pun. Alhamdulillah takde la sebasah mana pun pakaian dan dapat juga habiskan 6KM. Cukup 10.0KM jarak larian untuk dihantar sebagai bukti 10KM virtual run pertama kami suami isteri untuk tahun 2017.

Tak sabar nak mulakan weight loss challenge esok. Bismillah!

4 comments:

  1. Replies
    1. Dr Mai lari untuk VR yang mana ye? Saya join yang 10KM resolution 2017 dari Sabah tu.

      Delete
  2. sekarang ni mmg musim hujan ...pergi ride pun habis basah..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul tu. Kat Melaka pepagi dah hujan, lepas zuhur pun dah start mendung dan hujan sampai ke malam....nampak gaya weekdays ni bersenam kat dalam rumah je la. Harap-harap weekend tak hujan, boleh beriadah di luar rumah...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)