02 November 2016

Jus Keramat : Set Kesuburan Selepas Set Cuci Rahim


2 November 2016.

Banyak sangat entri campak belakang. Simpan gambar dalam hp, tapi belum sempat karang entri. 22hb Oktober aritu ada naik ke Subang Jaya, restok beberapa item dari kedai Kak Siti Subang. Diam tak diam, dah hampir 3 bulan mengambil set cuci rahim sejak bulan Ogos lepas. Masa berbual dengan anak dara Kak Siti, dia syorkan ambik set kesuburan jus keramat lepas 3 bulan amal set cuci rahim. Ikutkan set kesuburan jus keramat terdiri daripada jus perahan lemon, jus delima dan madu kelulut. Selain tu, aku restok juga pil susu kambing yang diperbuat daripada susu kambing, kurma dan buah delima.


Alhamdulillah, ini lah dia bancuhan minuman jus keramat yang aku amalkan setiap pagi dan malam. Boleh tahan jugalah rasanya, aku tambahkan sekali chia seed untuk khasiat omega.


6 comments:

  1. chaiyyok yani...smg usaha berbuah hasil...amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah sampai tahap kembali kepada makanan sunnah sekarang ni....usaha sahaja setakat yang termampu...mana tahu tahun 2017 mungkin beralih kepada perubatan moden semula...

      Delete
  2. Yani..okey tak pil susu kambing yang ada kurma & delima tu...kat mana ada jual selain kat kedai yani beli area subang ni..sbb saya area KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far ok je pada diri Yani dan suami. Senang sebab pil tu kombinasi beberapa bahan yang memang menyumbang kepada kesuburan TTC. Tak payah nak makan kurma, susu kambing dan buah delima secara berasingan dan senang di bawa ke mana-mana sebab dalam bentuk pil.

      Cuba Fieza buka IG Azzaincsiti dan Kaksitibidan, kat situ ada ramai agen area KL yang Fieza boleh berhubung untuk beli pil susu kambing ni.

      Delete
  3. tahniah sis dah pregnant!!! asbab kaksitibidan produk..doakan sy pula...jga kesihatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya stop consume produk Kak Siti Bidan pada bulan Nov / Disember 2016, saya conceive pada bulan Ogos 2017... mungkin ada kesan saya bersenam dan menjaga pemakanan dalam proses diet sihat sepanjang 8 bulan pada tahun 2017.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)