21 November 2016

2nd Day 6th Anniversary : Bulan Madu Di Pangkor


21 November 2016.

Hari Kedua : 29 Oktober 2016

Sarapan pagi seperti kelaziman di sini, konsep masak sendiri. Haa...rasanya konsep guesthouse ni antara yang paling unik kami pernah alami. Bahan-bahan asas akan disediakan oleh owner guesthouse seperti roti, jem, buah-buahan, telur, sosej, bancuhan pancake dan air minuman panas seperti teh dan kopi. Jadi, tetamu boleh memasak sendiri di dapur yang disediakan, dimana telur dan sosej dilimitkan kepada 2 butir/batang setiap seorang. Kalau bernasib baik, owner guesthouse belanja nasi lemak atau roti canai Pangkor.

Sambil bersarapan, kami berbual dengan owner dan juga dengan tetamu yang ada. Yang penting, kena ringankan mulut untuk memulakan perbualan dengan tetamu disitu. Pelancong luar negara memang cepat mesra dan peramah...kadang segan pula bila mereka yang tegur kita dulu dengan panggilan mesra "dear". Huhuhu...sambil-sambil tu kalau ada rezeki, dapat tengok burung enggang singgah hinggap dan makan roti yang diletakkan di atas palang tepi beranda tempat makan. Itu adalah tarikan pelancong yang berkunjung di Teluk Nipah ini.


Selesai bersarapan, kami berdua mengambil peluang untuk menyertai aktiviti ATV di sekitar kawasan-kawasan menarik di Teluk Nipah. Antara tarikan yang ada adalah; pokok balau berusia ratusan tahun, batu dinasor, air terjun dan lain-lain lagi. Aktiviti ATV yang melalui 11 buah trek yang sangat mencabar ini dilakukan selama di antara 1 jam ke 1 jam 30 minit. Harga pun berpatutan iaitu sebanyak RM80/pax dan kami dah survey, memang itu adalah harga standard bagi ATV di Pangkor.

Ketar lutut juga sebenarnya pada permulaan sebab seumur hidup aku tak pernah memandu motor apantah lagi ATV. Tapi kerisauan aku tak lama sebab sebelum memulakan aktiviti di trek luar dan dalam hutan, bagi 1st timer macam aku akan diberikan taklimat dan ujicuba bagi membiasakan diri memandu ATV. Bila dah ok, ewahhh..kemahin laju plak aku drive ATV tu siap merempit dengan suami. Hahahahaha....best woo, rugi tak cuba!

Lepas selesai berATV, kami suami isteri balik membersihkan diri sebelum ke Pekan Pangkor untuk menyambut ulangtahun perkahwinan dengan membeli kek dan bersiar-siar di tepi pantai.

Owh....tentang motor sewa! Hurm...kali kedua ke Pangkor nasib kami kurang baik kerana dipertemukan dengan penyewa motor sewa yang main harga dan menyakitkan hati. Harga sewaan motor untuk tempoh yang sama, kami dicaj sebanyak RM120 (overprice dari harga terdahulu iaitu RM80), pula tu kami ditawarkan skuter berbanding motor modenas dan perlu menambah lagi RM20 semasa motor dihantar di guesthouse).

Memang jadi gaduh dibuatnya deal dengan orang macam ni. Aku dah memang sampai naik-naik suara time suami deal dengan orang tu. Bodoh ke apa? Nak suruh naik skuter kat jalan Pangkor yang berbukit tinggi dan curam sedangkan naik motor biasa pun dah semput? Suami berkeras juga nak motor Modenas yang dijanjikan walaupun terpaksa bayar deposit tambahan sebanyak RM20.

Disebabkan cuaca sekarang asyik hujan je, pada sebelah petang tu kami tak berkesempatan nak berjalan jauh sebab langit dah mendung dan nasib baik kami sempat sampai ke guesthouse, sebab lepas tu hujan lebat sampai ke malam.

4 comments:

  1. wah bestnya... sy pun tak sabar tunggu cuti sekolah..nak gi holiday mih mih mih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best juga Dr Cat..saya jenis yang tak kisah ulang bercuti tempat yang sama asalkan dipenuhi dengan aktiviti baru...cuti sekolah dah nak start kan? Sebulan lebih plak tu...mesti seronok cuti2...

      Delete
  2. HAPPY ANN DEAR...SEMOGA KEHIDUPAN DIRAHMATI..AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Hanim..belated anniversary dah ni..hihi...amin ya rabbal alamin..

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)