24 October 2016

3KM Fun Run The Running Diva Pinktober 2016


24 Oktober 2016.

Yeay, akhirnya tamat juga penantian untuk normal running event bulan Oktober ni. Kami suami isteri join larian 3KM Fun Run The Running Diva Pinktober 2016 yang diadakan di Pullman Putrajaya Lakeside pada 23 Oktober 2016 semalam.

Plan asal, nak naik Putrajaya hari Sabtu kelmarin untuk race kit collection di hotel Pullman dan kemudian tumpang tidur di rumah mertua di Seremban. Tapi bila dah lewat petang di sana, alang-alang dah dekat situ kami buat keputusan untuk menginap di hotel area Putrajaya je. Memula ingat nak stay Tune Hotel di D'Pulze Cyberjaya tapi dimaklumkan tiada bilik kosong. Google hotel bajet, terus jumpa Coop Hotel Putrajaya & Cyberjaya di kawasan Dengkil. Alhamdulillah, daftar secara walk-in sahaja dan dapatlah bermalam dengan selesa dengan RM99/malam.


Selesai bangun solat Subuh, kami terus berkumpul di depan hotel Pullman untuk sesi wombat aerobic. Jam 7.20 pagi adalah masa flag off kami berdua untuk kategori 3KM. Oh ye, ada 2 orang staf sepejabat yang juga sertai larian ini, jadi meriah la juga. Walaupun tempoh larian kali ini bukanlah rekod yang terbaik bagi kami suami isteri tapi kami berpuas hati dapat tamatkan larian jauh lebih cepat dari cut off time (30 minit lebih) yang ditetapkan iaitu 90 minit.


Sampai di garisan penamat, kami beratur untuk ambil makanan dan minuman yang disediakan oleh penganjur dan ambil medal masing-masing. Kami tak tunggu lama selepas larian sebab perlu pulang segera ke hotel untuk check out dan balik ke Melaka pagi itu juga memandangkan aku ada raptai persidangan DUN.


Inilah medal yang diidam-idamkan tu; comel dan seksi. Hihihi....

6 comments:

  1. wahhhh bestnye....kita pon dah lame x beari...dah berlari2 dah lemak kat badan ni hahahaha...bln 11 ni baru start join blk :) seronok kan yani :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah makin seronok join running event beberapa bulan ini dengan suami...cuma tak de la jauh tempat larian dari Melaka, so far di Melaka, Putrajaya dan Cyberjaya. InshaAllah tahun depan di Johor pula.

      Delete
  2. Replies
    1. Hahaha...kan? My hubby siap tanya, kenapantak sepasang dgn spender? Tergelak besar dibuatnya...dah nama pun breast cancer awareness...lainlah cervical cancer, barulah relevan medal bentuk spender...hihihi..

      Delete
    2. spenda?hahaha ok tunggu diorg buat prostatte cancer awareness pulok baru ngam medal spender!

      Delete
    3. Hehehehehe.....betul2...bulan November ni tengah cari-cari event running/virtual run yang ada....tapi kan, musim hujan dah tiba ni...risau badan lembab x bersenam. Threadmill x de plak kat rumah...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)