03 September 2016

Larian September 2016 : Genap 10.7KM


3 September 2016.

Lepas balik kerja semalam, terus ke Hutan Rekreasi Ayer Keroh untuk sambung aktiviti jogging dengan suami. Masing-masing sebenarnya tak sabar nak lengkapkan sasaran 10KM larian untuk entri virtual run kami yang pertama.


Disebabkan cuaca tak berapa mesra; mendung dan gelap semacam je, kami ambil keputusan untuk tak guna trek biasa 10K, tapi ulang beberapa kali trek yang ada. By the time 7.00 malam, dah tinggal beberapa orang sahaja termasuk kami di dalam trek hutan, seram juga rasa....so moh ler kita beransur la balik.



Alhamdulillah, lengkap sudah larian 10KM kami suami isteri. Dah boleh submit entri pada penganjur virtual run untuk dapatkan medal virtual run. InshaAllah esok atau minggu depan dah boleh fokus pada 10KM seterusnya untuk entri virtual run edisi Negeri Sembilan pula.


No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)