02 September 2016

Baju Renang Muslimah Dari Haleema Muslimah Swimwear


2 September 2016.

Sabtu minggu lepas naik Klang dengan suami, semata-mata sebab nak beli baju renang muslimah di Haleema Muslimah Apparel. Perancangan honeymoon untuk anniversary kami tahun ni di pulau yang sama kami pergi tahun lepas, jadi kali ini memang nekad nak beli 1 set lengkap baju renang yang selesa dipakai. 


Yang best tentang butik ni, kita berpeluang untuk cuba sendiri baju renang di situ untuk dapatkan saiz yang betul-betul sesuai untuk diri kita. Boleh je kalau nak beli secara dalam talian sebab dalam FB Page Haleema Muslimah Swimwear memang dah disediakan carta saiz baju....being me, aku lebih puas hati kalau boleh cuba sendiri di badan. Al-maklumlah, badan ni bukan saiz standard model...ni saiz kena tempah khas, kih kih kih....

Alhamdulillah, jumpa juga pilihan hati....sebenarnya ada 3 design baju renang bersaiz 2XL ready stock (ye saiz baju renang aku 2XL, sedang elok je kat badan dan lengan...saiz 3XL agak besar pula), iaitu 3 design macam gambar-gambar kat bawah ni...masa fitting, aku cuba baju corak harimau tu...kena gelak dengan suami, cesss.....

Bila tanya design mana satu sesuai, suami suruh ambil yang warna biru macam di bawah ni, so aku pun ok je la...yang warna warni macam dalam gambar no dua tu dia kurang minat, which is aku ok je kalau pakai warna tu.

Kredit pic : FB Page Haleema Muslimah Swimwear


Kredit pic : FB Page Haleema Muslimah Swimwear

Kredit pic : FB Page Haleema Muslimah Swimwear

4 comments:

  1. Pernah beli baju renang kat sini utk kali pertama. Sales girl tak guide bgmn nak beli baju renang. Baju renang masa test kat fitting room mmg ok (tanpa air). tapi bila dalam air dia akan jadi lagi besar dan berat. susah nak berenang. so kena beli 1 size drop dr size yang ok tanpa air. Kesudahanya beli baju renang yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke CPT? Belum test lagi dalam air...hopefully ok la nanti...

      Delete
  2. Assalam... macam mane sy nk contact awak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm....nak contact? Boleh emel anything ke anida_yin[@]yahoo[.]com

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)