03 June 2016

Sambutan Awal Ramadhan & Sambutan Hari Lahir


3 Jun 2016.

Hari Jumaat terakhir sebelum menyambut bulan Ramadhan Isnin depan, di pejabat ni diadakan sesi bacaan yasin dan tahlil ringkas bersama pengarah baru kami. Seawal jam 8.30 pagi kami membaca yasin, syukur sempat menitipkan nama arwah Mak dan Abah.

Selepas itu ada sesi memotong kek bagi staf yang menyambut hari lahir pada bulan Jun, termasuklah aku. Yeay! Alhamdulillah....pra-sambutan namanya ni. Ikutkan hari lahir tahun ini jatuh pada hari Sabtu (20 Ramadhan). Owh baru perasan....dah dua tahun berturut-turut sambut hari lahir dalam bulan Ramadhan.


Lepas itu apa lagi? Sesi makan-makan sampai lebam la. Tema potluck, memang melimpah ruah makanan dan minuman kat atas meja. Berulang makan, sampai ketat perut. Huhuhu...


Dapat kad ucapan hari lahir dari pengarah baru kami. Alhamdulillah, tahun ni Allah masih beri peluang bernafas di muka bumi Allah ini dan menginjak usia 33 tahun (sama usia dengan tahun perkhidmatan pengarah alkisahnya! Huhuhu....

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)