15 May 2016

Persiapan Raya 2016 : Basuh Sarung Bantal & Cadar


15 Mei 2016.

Makin nak dekat bulan puasa ni, makin banyak benda nak kena settlekan bab rumah arwah Mak. Langsir rumah dah siap basuh dan gantung semula.

Hujung minggu ni aktiviti mencuci semua sarung bantal dan cadar. Satu lagi, menjemur bantal untuk basmi hama. 3 kali juga la ulang basuh semua sarung bantal dan cadar dalam mesin basuh. By petang, memang dah terlepek kepenatan sampai tertidur lepas solat Asar.

InshaAllah minggu depan dah boleh start comforter ke dobi untuk dicuci. Tak berani nak sumbatkan semua comforter dalam mesin basuh walaupun kapasiti mesin tu 7kg. Kang tak pasal jahanam dibuatnya.

Kenapa excited sangat buat persiapan mengemas rumah ni eh? Sebab tahun ni, giliran kami adik beradik beraya bersama-sama di rumah pusaka arwah Mak Abah ni. Alhamdulillah, seronok sangat! Walaupun besar kemungkinan Bangah tak dapat beraya bersama kami adik beradik (Bangah akan berpuasa dan beraya dengan famili di Brunei) , inshaAllah semuanya berjalan lancar.

Ok, what's next?
Jeng jeng jeng....hari ni orang datang mengecat pagar batu rumah arwah Mak ni. Alhamdulillah, jumpa iklan di FB orang ambik upah mengecat, wiring sempena raya ni, cepat-cepat deal dengan dia. Bincang dengan adik beradik, mereka pun setuju guna tabung rumah untuk mengecat semula dapur rumah dan pagar batu rumah ni. Kebetulan cat pagar dah terkopak dek kena hujan panas.

7 comments:

  1. alhamdulillah smga dipermudahkan. dpt berkumpul di rumah pusaka mmg seronok kan. dpt eratkan hubungan kekeluargaan dgn keluarga arwah juga..

    alfatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah pusaka ni arwah Mak memang suruh jadikan tempat berkumpul adik beradik, masing-masing balik dari KL, Kedah tak perlu stay hotel. Memang arwah Mak sediakan bilik yg selesa untuk semua anak-anak. Seronok dapat beraya bersama-sama tahun ni....

      Delete
  2. Bukan rajin Nabila Syifa, tapi sekadar persiapan awal sebelum bulan Ramadhan, selesai awal so nanti bulan ramadhan dah boleh relax sedikit.

    ReplyDelete
  3. wahh..klu keluarga eca pula..selalu bfore raya buat kenduri.tapi tahun ne takde sbb adik pun xdpt cuti awal dr skola dia...then, adik-beradik pula masing2 busy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain family lain cara berkumpulnya Eca....macam kami hanya 4 famili beradik sahaj duduk di Melaka, lagi 2 di luar Melaka. Even yang duduk sama Melaka pun jarang-jarang jumpa, kami lebih banyak berkomunikasi menggunakan WhatsApp. Jadi hari raya kali ni la peluang kami berkumpul adik beradik, tahun depan masing-masing beraya di rumah mertua dulu kemudian baru berkumpul jika ada kesempatan.

      Delete
  4. bagus dah prepare awal..bulan posa nanti x la terkejar-kejar kan yani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup ST...tak kuasa la bulan puasa baru nak terkejar-kejar buat macam-macam. Nak rehat puas-puas hahahaha....baju raya pun dah settle sebelum puasa. Tggl nak beli baju melayu@kurta suami je nanti...kuih raya? Tak mo beli...hahahhaa...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)