28 April 2016

IUI : Tempoh 2WW

Throwback : 28 April 2016

DPIUI = Day Post IUI

1DPIUI - Lepas checkout hotel, kami ke Kompleks Rakan Muda Lendu, Alor Gajah untuk ambil no. bib larian program Fit Malaysia yang akan di adakan pada 10 April 2016. Terlepas peluang nak sama-sama sertai larian kali ni. Aku beli juga t-shirt Fit Malaysia untuk lepaskan hajat. Sampai rumah, memang bed rest. Ada jugalah bangun berkemas rumah sikit-sikit, sambung selesaikan pasang pin pada langsir yang dah siap basuh. Suami tolong naik tangga dan pasang semula langsir. Lega tengok ruang tengah rumah dah tak togel lagi. Sesekali terasa cramps di bawah ari-ari, ada discaj ECWM dan rasa mengah.

2DPIUI - Drive kereta, hantar suami ke tempat larian Fit Malaysia. Aku drive seslow yang mungkin, mengelak dari terlanggar lubang dan bonggol atas jalan. Perut masih rasa bloated, gassy dan ada discaj EWCM. Kalau duduk tu, kejap je rasa mengah tang perut. 

3DPIUI - Suami drivekan ke pejabat sepanjang hari bekerja. Kurang atau hampir tiada discaj EWCM. Ada sesekali terasa cramps di bawah ari-ari. Hari ni 1st day BD selepas IUI. Rasa tak selesa bawah perut, macam senak.

4DPIUI - Rasa senak kat bawah perut.

5-7DPIUI - Tak perasan apa simptom sebab tengah sibuk dengan kerja ofis.

8DPIUI - 2nd BD. Lebih selesa sebab sempat alas bantal kat bahagian ari-ari.

10DPIUI - Pagi tu aku handle 1 mesyuarat, banyak bergerak dan berulangkali angkat dokumen yang agak berat. Berdenyut rahim. Satu masa tu terasa macam ada keluar something di miss V. Masa tu dah pasrah je, pergi toilet dan cek panties. Alhamdulillah takde keluar apa-apa. Tapi kesan berdenyut di kawasan ari-ari masih terasa sampai ke petang.

11DPIUI - Sakit pinggang, pelvic pain dan rasa cramp macam nak AF. Start rasa pening dan sakit kepala. Ada rasa nak muntah air. Bloated dan asyik sendawa angin. Mood swing, marah-marah.

12DPIUI - Masih terasa cramp macam nak period. Gassy stomach. Rasa mengantuk je masa tengahari sampai menguap.

13DPIUI - Heart burn, mild cramping di bahagian ari-ari sebelah kiri. Masih gassy dan sendawa.

2 comments:

  1. Amin..amin..mudah2an dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Durrothun-nasihah....belum rezeki lagi kali ni. :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)