27 April 2016

IUI : 3rd Appointment & Prosedur IUI

Throwback : 27 April 2016.

CD14 (8 April 2016) sampai di klinik Dr. Sukhilmi jam 8.40 pagi dan terus naik ke tingkat atas. Lepas jumpa staf nurse, aku ikut suami ke bilik air untuk proses mengeluarkan sperm. Dalam pukul 9.25 pagi suami serahkan bekas plastik berisi sperm di kaunter. Staf nurse suruh pergi makan dan minum pagi dahulu sementara sperm dicuci dan datang semula ke klinik dalam jam 10.30 - 11.00 pagi.

Dalam jam 11.00 pagi kami tiba di klinik semula. Masa tu dah settle buang air tapi masih rasa full bladder. Staf Nurse panggil masuk satu bilik dan standby siap-siap naik atas katil. Nasib baiklah pakai jubah, senang nak uruskan diri. Alhamdulillah suami dibenarkan bersama-sama semasa sepanjang prosedur IUI dilakukan.

Sementara tunggu Dr. Sukhilmi selesai urusan di klinik bawah, staf nurse ajak berbual. Peramah juga staf nurse, siap boleh bergelak ketawa bila dia buat lawak. Hilang sikit rasa gemuruh. Sambil-sambil tu mulut kami suami isteri terkumat-kamit beristighfar, berzikir dan membaca doa mohon zuriat. Masa tu ada cakap kat suami dan staf nurse, rasa nak terkucil. Staf nurse tanya boleh tahan tak? Sebab doktor dah nak naik dah. Pastu aku cuba buat-buat tak fikir nak terkucil walaupun kaki dah kesejukan kena aircond.

Dalam jam 11.25 pagi, Dr. Sukhilmi masuk bilik dan memulakan prosedur. Masa doktor masukkan alat mulut itik, ari-ari rasa senak sikit tapi lepas tu ok. Sekejap je doktor buat prosedur, tahu-tahu je doktor bangun dan kata alhamdulillah dah selesai. Masa doktor lepaskan sperm ke dalam, kami suami isteri berdoa, berzikir dan banyak beristighfar. Lepas turunkan kedudukan kaki, doktor suruh berbaring 30 minit. Doktor bagi tarikh temujanji seterusnya pada 22 April (dalam tempoh 2 minggu), jika belum period, perlu call klinik dan jumpa doktor untuk comfirmkan sekiranya mengandung.

Usai 30 minit, kami membayar kos IUI di kaunter. Lepas tu kami terus bergerak balik ke Melaka. Dalam kereta, aku duduk atas 2 lapik kusyen bagi mengelakkan terhentak sepanjang perjalanan. Sepanjang perjalanan, terasa berdenyut-denyut di bahagian bawah ari-ari. Tak terus balik ke rumah, kami stay semalam di Hotel Swiss-Garden & Residence Melaka. Lepas buang air, masa sapu dengan tisu nampak ada blood stain, tapi sedikit je. Lepas tu terus tak ada keluar lagi dah.

Kos yang terlibat :
Prosedur IUI : RM500.00

8 comments:

  1. asslm. nak jemput ke blog baru aida.
    aidashareshere.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Aida...ok, Yani dah ke blog baru Aida tu...congrate dah selamat bersalin ye!

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih mendoakan...belum rezeki lagi kali ni. :)

      Delete
  3. Salam sis..iui di sne mmg 500 je ke?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm...prosedur IUI RM500, tak termasuk ubat-ubatan dan suntikan.

      Delete
  4. Replies
    1. Di Hospital Bersalin Dr Sukhilmi, Senawang.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)