19 February 2016

Post Di Entri FB Dikongsi Lebih 1000 Kali

19 Februari 2016.

Speechless!
Allahuakhbar...
Betul-betul tak menjangkakan entri yang aku tulis dalam FB pada seminggu yang lepas menjadi bahan dikongsi atau di"share" melebihi 1000 kali. Setakat jam 10.00 pagi ini, jumlah share adalah sebanyak 1,058.

Mungkin kerana entri ini terkesan pada beberapa golongan yang aku ada sebutkan, jadi dikongsikan di ruang FB masing-masing. Sebenarnya aku tak kisah, wallahi tak kisah jika dikongsikan sekiranya ia membawa kebaikan bersama. Olahlah ia bagaimana cara sekalipun, semoga ia menyampaikan maksud isi hati kita-kita yang sering ditanya dengan soalan-soalan menguris hati itu. 

Bukanlah bermaksud kami ini tak boleh ditanya langsung, tapi biar beradab tanpa menyebabkan kami merasakan "ketiadaan" itu adalah sesuatu "kekurangan". Sesungguhnya kami tidak pernah sekalipun rasa kekurangan, malah kami bersyukur dengan segala nikmat sedia ada Allah SWT kurniakan.

P/s: Kalau rasa perlu dikongsikan, silakanlah...tak perlu add friend atau hantar friend request, flooded FB saya dibuatnya....dah hampir beratus-ratus friend request yang masuk. Pitam! Harap maaf, saya terpaksa tolak semua friend request dari orang yang saya tak kenal. Bukan sombong, tapi tiada keperluan buat masa ini.

10 comments:

  1. dlm ribuan yg memahami, ada ribuan juga lagi yg tak memahami atau sengaja tak memahami..
    terima kasih yg memahami perasaan itu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mengapa la KekDa, bukan tugas kita pun untuk memahamkan ribuan yang tak faham dan tak nak faham tu. Itu kerja Allah SWT. :)

      Syukur sangat-sangat orang disekeliling (adik beradik, kawan-kawan pejabat, kawan TTC) faham dan tak banyak tanya. Itu sahaja yang kita perlu.

      Delete
  2. sedih nak fikir.... sebab tu saya pilih untuk jarang-jarang bercakap pasal anak ni....supaya hati ni tak terguris oleh kata-kata orang ..huhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercakap pasal anak boleh je Ros, tapi kita kena tengok dulu dengan siapa yang kita nak bercakap. Sekurang-kurangnya kita boleh elak dari hati kita remuk dek soalan-soalan tu.

      Delete
  3. Ermmm..tak semua memahami antara beribu tu..alhamdulillah, saya tak stress sangat sebab family & kawan2 di tempat kerja tak ada asyik nak tanya soalan yang sensitif itu..mungkin sorang dua yang bertanya tetapi cara dorang yang bertanya tu tak menyakitkan/menguris hati saya..jadi saya pun bila orang tanya secara baik, saya senang hati nak jawab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...untungkan Fieza bila orang di sekeliling kita tak buat kita stress dengan soal rezeki zuriat? Cukuplah sekadar mereka memahami dan tak bertanya banyak...itu dah memadai.

      Delete
    2. Betul sangat yani..tak perlu la setiap kali nampak muka kita, nak tanya soalan itu..

      Delete
    3. Hehehe....agaknya orang yang selalu tanya soalan-soalan tu memang nampak kita tak happy sebab takde anak kot? Which is actually not true at all..kita happy je.

      Delete
  4. untunglah..heheh trafic naik mencanak tu... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. traffic? traffic light ke? Hehehe....'one hit wonder' punye entri, lambat laun orang lupa dah...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)