10 January 2016

Solat Sunat Tahajjud dan Taubat Serta Video Powerwalk

10 Januari 2016.

Alhamdulillah pagi ni dapat melakukan solat-solat sunat; tahajjud dan taubat. Kebetulan tertidur awal malam tadi, jadi terjaga semula di awal pagi dan terus buat solat Isyak serta disambung dengan solat-solat sunat itu.

Pendrive yang mengandungi video-video powerwalk Leslia Sansone entah tersilap letak di mana pun aku tak pasti. Yang paling malang, suami tak buat backup video-video tu di dalam pc (kes nak clearkan saiz storage dalam hardisk pc). Agak bengang juga di situ, sebab aku hanya sempat membuat back-up untuk video zumba Linda Edler sahaja dalam external hardisk.

Jadinya petang semalam lepas solat Asar, aku duduk mengadap youtube untuk mencari dan memuatturun video powerwalk Leslie Sansone. Alhamdulillah jumpa beberapa video powerwalk baru, tapi sayang video-video powerwalk lama yang aku dah biasa guna (dah mahir pergerakan) dah tak available dalam saiz durasi sebenar, yang ada cuma video lama yang telah dipotong atau berdurasi seminit dua je. Bolehlah dari tiada langsung.

Malam tadi juga ternampak dalam post entri FB kawan sekampung yang dah mula buka mini gym khas untuk muslimah. Banyak juga equipment gym yang ditempatkan di rumahnya (ya, mini gym itu berada dalam rumahnya)...tertarik juga nak cuba. Lagi pun sesama perempuan, kurang sikit perasaan segan. InshaAllah, ada rezeki nak try riki jadual gym yang bersesuaian.

5 comments:

  1. Salam perkenalan..kita slalu jge bce blog yani.yani tinggal kt mlaka area mane..hr tu pnh bce entry nk jmpe dr tasha kl fertilty..dj pnh jmpe ke.tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan juga Iman..saya duduk di kawasan Sg Udang. Alhamdulillah dah jumpa Dr Natasha di KLFC bulan Okt lepas untuk 2nd opinion penyakit saya. Cuma lepas fikir beberapa isu, saya decide nak cuba buat IUI di hosp swasta di Melaka dahulu tahun 2016 ni.

      Delete
    2. family kita duk sg udang..tapi kita duk kluang.sebab ingat nak jumpa dr tasha,yani g dari melaka ke..yani, isu apa..leh share,kita nak emel yani boleh..

      Delete
    3. Iman boleh emel ke Yani guna emel peribadi Yani ni: anida_yin[@]yahoo[dot]com.

      Owh, orang Sungai Udang juga ke? Iman memang dah decide nak buat treatment dengan Dr Tasha ke?

      Delete
    4. Tq..aah..bru cari2 tmpt..huhu

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)