04 January 2016

Bila Gambar Dari Blog Diviralkan Di Siakap Keli

4 Januari 2016.

Ini kes malam Sabtu lepas (2 Januari 2016).
Aku sebenarnya selalu juga jenguk FB Page Siakap Keli, tengok gambar-gambar topik yang aku rasakan menarik. Dah takdir agaknya, malam Sabtu lepas aku browse page Siakap Keli dan ternampak post entri kat atas ni pasal design-design dapur rumah idaman. Bila baca tajuk post entri tu, terus la skip gambar-gambar yang ada dan terus ke gambar yang terakhir. Eh? Sekali tengok gambar terakhir tu rasa macam kenal plak? Dapur rumah arwah Mak aku kan??? Gambar yang dicilok tanpa membuang terlebih dahulu watermark blog aku ni.

Ni gambar yang dipaparkan kat Page Siakap Keli. Gambar yang paling banyak like antara kesemua gambar-gambar tu. Hampir 4,000 likes kot? Gambar-gambar yang lain dapat like sekitar 800-900 likes sahaja. Memang terperanjat gile betul dibuatnya. Aku tak marah pun cuma bila baca komen-komen di bawah gambar tu, aku rasa aku kena ambil tindakan maklumkan pada Admin Siakap Keli untuk betulkan keadaan. Niat aku satu je...aku tak nak tukang komen kat gambar tu dapat dosa kering. Nak kutuk, kutuk la...aku apa ada hal? Tapi bila ada yang komen yang negatif melibatkan arwah Mak....rasanya perlu dihentikan segera. Celah mana nak cari arwah Mak aku minta maaf balik?

Aku pun komenlah kat bawah gambar tu.....rasa-rasa korunk, ayat aku tu ada macam mengamuk marah ke? Ada macam aku memaki ke? Selembut boleh aku karang ayat supaya Admin Siakap Keli boleh faham maksud ayat aku tu. Tak sangka pula kakak aku pun nampak gambar yang sama dan komen di bawah komen aku tu.

Antara komen-komen FB user yang lain....personally aku approach setiap FB user yang komen negatif pada gambar tu, maklumkan benda yang betul. Alhamdulillah, hampir semua yang terima PM aku tu, balas balik dan minta maaf. Aku pun tak kecil hati sebenarnya. Dan-dan time tu kemain ramai add friend request, jenuh aku nak men'decline' request tu....tak perlu kot nak add aku. Huhuhu....tak pernah hidup aku FB notification sampai beratus-ratus dalam tempoh singkat.

Bila aku nampak Admin Siakap Keli macam tak perasan komen aku kat bawah gambar tu, aku post komen kat wall admin pula. Ada juga hamba Allah yang menjawap di bawah komen aku tu. Terima kasih.

Hanya lepas itu, barulah Admin Siakap Keli respons dan meminta maaf secara terbuka di wall Siakap Keli. Tindakan yang di ambil oleh Admin? Admin Siakap Keli telah PM personal pada akaun FB aku dan telah menurunkan gambar tu dari post entri itu. 

Aku perasan Admin Siakap Keli telah mengubah komen sebanyak dua kali. Tambah ayat la kot? Tapi maksudnya sama je.



Ayat dalam post entri ini pun telah diubah semula. 

Sebagai langkah maklumbalas atas tindakan pembetulan yang Siakap Keli dah buat, aku telah delete semua komen aku dari page berkenaan bagi mengelakkan komen-komen yang meleret-leret.

18 comments:

  1. Alhamdulillah pihak admin telah menerima teguran dan membuat tindakan sewajarnya...itu yang sepatutnya...

    ReplyDelete
  2. Kadang nak bergurau tak kena tempat... Prominent page mcm tu perlu berhati hati bila buat kenyataan... Alhamdulillah dorang terima teguran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila admin bagi lame excuse tentang "dpt gmbr dari kumpulan lain", memang malas nak layan dah, sifat defensive dan nak meletakkan kesalahan pada orang lain...nasib baik dia take down juga gambar tu.

      Delete
  3. Baguslah kes selesai dengan baik ..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....selesai dalam beberapa jam je.

      Delete
  4. Tak sangka. sampai mcm ni. kadang2 baca juga post siakap keli ni.
    Tapi bagus la. atleast admin siakap keli bg response, padam gambar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nanie....nasib baik la watermark blog ada kat gambar tu, memang jelas dan nyata. Admin pun respons lepas Yani letak komen kat beberapa entri post dia dan lepas banyak user FB yang komen isu ni.

      Delete
  5. ye hari tu ada tengok jugak gambar ini. bila tgk watermark tu rasa cam kenal jer blog ini. terus google. Betul lak blog awak.

    Glamour dapur arwah mak. Cuma orang malaysia skrg ni suka sgt komen yang memburuk2..mengutuk2. apa kata tgk jer..pas tu tak yah komen2. Geram lak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Glamour one thing CPT, itu tak kisah sangat....Yani pun tak malu mengaku tu dapur arwah Mak Yani, memang membesar pun dengan dapur tu dari kecil. Yani pun tak heran org lain naik buat dapur grand2....tu hak masing-masing. Tapi bila ada yang komen dengan perkataan "owner pemalas", "dapur ke stor?"....it's off the limit dah. Mulut manusia kan?

      Delete
  6. oh. gini kisahnya yer.. tu ari akk napak satu post SK kat newsfeed (org share, akk mmg tak folo SK nih), tapi bkn gmbr ni.. pastu npk komen Yani.. tapi tatau yg pasal apa.. rupanya yg nih.. tu ah.. depa google pastu sesenang je amik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani masa first-first tengok gambar dapur arwah Mak diletak dalam FB page SK tu, memang tergelak rasa tak percaya. Tak kisah pun sebenarnya sebab memang realiti. Tapi tengok komen bawah gambar tu terus dah rasa lain. Ramai plak yang pm Yani balik minta maaf dunia akhirat...huhuhu....ayat tak tahan....

      Delete
  7. Salam semua.. Google Siakap Keli, test market keluar blog ni.. Eh cam kenal.. Owh story sal hari tu.. Apa2pun sy mohon maaf sangat2 diatas kesilapan pihak kami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam SK!
      Saje jotted down kat sini untuk kenang-kenangan peribadi saya.
      Huhuhuhu.....anyway, no heart feeling pun.
      Cuma terkejut dapur arwah mak popular jap. ;)

      Delete
  8. org skrg mmg suka bash orang. bertabah ajelah..

    *salam singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam singgah ye Seraa Rose!
      lumrah manusia kan? Bukan mulut tempayan yang bole kita tutupkan, kan?

      Delete
  9. Kak kita penah nengok jgk gmbr ni sebelum ni. Tak sangka dapur rumah arwah mak. bsbr jek dgn blogger kejar duit tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nissa mesti tengok kat Siakap Keli kan? Heheheh.....dapur tak seberapa tu juga yang dijadikan modal gelak ketawa orang.....huhuhu~

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)