21 January 2016

MJ2016 : Perubahan 3 Minggu


22 Januari 2016.

Sarapan : Overnight Oat
Makan Tengahari : Ayam goreng, lemak pisang (isi sahaja), tempe dan sayur taugeh campur
Snek : Kacang goreng (masa mesyuarat)
Senaman : Buat 3 miles slim & sleek powerwalk (ada unsur pilates) selama hampir 45 minit
Makan Malam : 2 keping roti wholemeal bakar, salad buah

Ada perubahan tak?
Dari segi timbangan berat badan, tak banyak penurunan. Tapi alhamdulillah, badan makin rasa ringan dan mood bersenam sentiasa 'on'. Kalau boleh setiap hari nak cari ruang dan peluang untuk mengeluarkan peluh dengan aktiviti fizikal. Mindset pun dah berubah - penuhkan separuh dari pinggan dengan porsi sayur dan sedikit sumber protein macam ayam / daging / ikan, tekak tak terasa nak jamah nasi dan mood rasa happy setiap hari (hormon endorphin dari bersenam).

P/s : Alhamdulillah...dapat bangun awal dan mengerjakan solat sunat taubat, solat sunat tahajjud dan meluangkan masa menunggu solat Subuh dengan membaca Surah Yasin dan Surah Al-Kahfi.

Jika Tiada Zuriat...


21 Januari 2016.

Semalam langganan majalah Anis dan Asuh bagi bulan Februari 2016 sampai di pejabat. Memang tak sabar menunggu edisi bulan Februari ni sebab ada isu berkaitan TTC. Tajuk di muka hadapan majalah sangat menarik perhatian..."Jika tiada zuriat - yakinlah pada kebijaksanaan-Nya" dan juga "Rawatan kesuburan - peluang cerah untuk hamil".

Pagi tadi sempat selak-selak dan baca sepintas lalu beberapa muka surat majalah ni. InshaAllah, akan mencari masa dan ruang untuk membaca dengan tenang.

Untuk TTCians semua, jangan lepaskan peluang membeli dan memiliki majalah Anis edisi Februari ini ye?

20 January 2016

MJ2016 : Minggu Ke-3 Januari 2016


19 Januari 2016.

1. Breakfast overnight oats
2. Lunch ayam dan sayur kubis goreng
3. Buat burn fat body 2 miles powerwalk Leslie Sansone dengan dumbell
4. Dinner roti wholemeal bakar, telur dan salad avocado.

18 January 2016

MJ2016 : Masih Kekalkan Rutin Harian


18 Januari 2016.

Rutin harian sepanjang hari ini...
1) Bersarapan overnight oats
2) Makan tengahari masih tanpa nasi
3) Sengaja parkir kereta agak jauh dari pejabat jadi menapak jugalah. Panjat tangga ke bilik mesyuarat di tingkat 2
4) Balik dari kerja, buat senaman 3 miles powerwalk dengan dumbell selama hampir 50 minit
5) Makan malam salad avocado dan tauhu rebus.

MJ2016 : Lelaki Sebelum Makan, Perempuan Selepas Makan Malam

18 Januari 2016.

Petikan artikel dalam akhbar Kosmo semalam (17 Januari 2016) berkaitan pembakaran kalori sebelum dan selepas makan bagi lelaki dan juga perempuan. Bagus juga untuk dihadam dan dijadikan rujukan di masa akan datang.

Sangat relevan dengan situasi aku sekarang, di mana waktu yang aku ada untuk lakukan senaman adalah selepas waktu kerja bagi hari biasa/ hari bekerja. Kalau hujung minggu insyaAllah tiada masalah untuk bersenam sama ada di sebelah pagi atau sebelah petang.

P/s: Semalam masa makan tengahari di kawasan Masjid Tanah, terserempak dengan jurulatih JK1M daerah Masjid Tanah in person. Huhuhu...terasa macam jumpa artis pulak.

17 January 2016

MJ2016 : Berjogging Dan 4 Hari Tanpa Nasi


17 Januari 2016.

Awal pagi tadi berjogging dengan suami sejauh 5.73km (3.56 miles), dalam tempoh 1 jam 7 minit. Kuyup berpeluh, rasa seronok sangat. Selesai berjogging, kami bersarapan dengan overnight oats. Kami berdua bukan pro runner... bukan nak cipta rekod , cuma nak sihat sampai tua.


Menu makan tengahari tadi. Alhamdulillah setakat hari ni dah hari ke-4 tanpa nasi. Letak separuh dari pinggan dengan lauk sayur dan ambil seketul ayam/ ikan. Terinspirasi dengan cara diet Dr. Zubaidi Ahmad yang mengamalkan pemakanan low carb high fiber/fat. Alhamdulillah, badan rasa semakin ringan. Water intake masih kekal sama sepanjang hari; sekurang-kurangnya 3.5 - 5.0 liter sepanjang hari.

Menu makan malam : roti wholemeal bakar, telur dan salad. Hari ni balik rumah mertua di Seremban. Konon nak gerak balik semula ke Melaka selepas Asar, tapi dah terlajak tidur. Jadinya lepas Maghrib la kami berdua bergerak balik. Mertua ajak makan nasi dulu sebelum balik. Nasib baik dapat elak, hanya suami sahaja yang makan. Aku dok ratah ayam dari lauk sambal ayam.

15 January 2016

MJ2016 : Zumba, Powerwalk, Tangga & Salad Buah


15 Januari 2016.

Rumusan semalam (14 Januari 2016) :

1. Disebabkan berkursus dengan luar pejabat, buat aktiviti naik turun tangga di tempat berkursus sebanyak 2 round. Cuba tengok gambar keadaan tangga tu? Bilik kursus di tingkat paling atas, tingkat 4.
2. Berjaya habiskan sebanyak hampir 4.0 liter air masak sepanjang hari.
3. Balik rumah, buat zumba workout guna video zumba Linda Edler selama 35 minit.
4. Sambung dengan 1.0 miles happy powerwalk Leslie Sansone selama 15 minit lebih.
5. Habiskan workout dengan 1 round (15 reps) of dumbell oblique crunches. Dah dua hari buat, terasa musle tegang di belah kiri kanan pinggang.
6. Salad buah + tauhu rebus untuk makan malam tadi.

P/s: Syukur Alhamdulillah...berjaga jam 3.40 pagi tadi dan dapat selesaikan solat sunat taubat, solat sunat tahajjud, baca surah yasin dan surah Al-Kahfi. Terima kasih Ya Allah....

14 January 2016

Bukan Punca Bercerai, Tapi Alasan Semata-Mata

14 Januari 2016.

Heboh dua tiga hari ini dengan isu kes remeh hingga bercerai di Selangor tu. Bila artikel suratkhabar dan snapshot gambar ni tersebar di FB dan whatsapp, macam-macam komen saling balas-membalas yang keluar; baik dari pihak lelaki (suami) mahupun pihak perempuan (isteri).

Semalam masa tunjuk artikel di atas tu kat suami, dia tergelak je sambil menggelengkan kepala.

Punggung isteri menggerutu? 
Wah, suami yang bagi alasan tu body mantap sangat ke? Perut tak berselulit? Ada six-pack ke? Kemahin komen fizikal si isteri. Ni dasar kena hadiahkan dia cermin besar yang boleh nampak satu badan, jadi masa dia mula nak mengomen mengutuk, letak cermin tu tepi atau depan dia....sambil dia bercakap, sambil dia tengok sendiri fizikal dia.

Kalau isteri beri alasan nak bercerai dengan point no. 2 tu, pandai pula suami melenting kan? Tercabar keegoan diri kan?

Gaji suami lebih rendah?
Pandai pula menikus diamkan diri bila isu ni berbangkit, kenapa? Realiti kan?
Ada pula hamba Allah balas komen...isteri yang gaji besar dari suami selalunya kereknya pun lebih...seriously? Hahaha....masing-masing punye pendapat.


Ni pula artikel akhbar Kosmo bertarikh 14 Januari 2016 berkaitan punca penceraian di Perlis dan Kelantan.



13 January 2016

MJ2016 : Kisah Usaha 2 Hari


14 Januari 2016.

Cerita kelmarin (12 Januari 2016):

1. Berjaya turun naik tangga untuk 4 round sementara tunggu waktu Asar.
2. Buat powerwalk 2 miles (3.219km) di rumah selama 30 minit lebih.
3. Makan malam dengan salad buah.
4. Berjaya menghabiskan hampir 5 liter air masak + air lemon.



Cerita semalam (13 Januari 2016):

1. Disebabkan tak sempat nak panjat tangga di tempat kerja, balik rumah terus buat senaman.
2. Buat powerwalk 4 miles (6.437km) selama hampir 1 jam. Ada boosted walking. Lepas selesai, buat weight training dengan dumbell.
3. Ulang makan malam dengan salad buah, kali ni tambah sekeping tauhu rebus. Kenyang!
4. Berjaya menghabiskan sebanyak 4.6 liter air masak + lemon.

Sekejap Je Sudah 7 Tahun

13 Januari 2016.

Hari ini genap tempoh 7 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Setiap tahun diraikan dengan membawa arwah Mak dan famili makan di luar. Cuma, 2 tahun kebelakangan ni sejak ketiadaan arwah Mak, aku dah tak sambut, cuma buat doa selamat dan tahlil. Malam tadi whatsapp kawan order cheesetart buat makan-makan kami suami isteri. Hari Sabtu nanti suami ada urusan nak balik Seremban, aku order lagi 1 bekas 49 keping cheesetart untuk jamu keluarga mertua di Seremban.

Tak sampai sejam licin 1 bekas 16 keping cheesetart kami suami habiskan...sedap....

Kebetulan pos laju sampai hari ni, barang yang dibeli dah sampai. Ulang beli stok Greenaard dan pencuci muka Ephyra. Yang sebenarnya aku mengejarkan Greenaard Planner 2016 tu sebab promosi pembeliaan greenaard dapat planner ni berakhir 10 Januari 2016....heheheheh...

12 January 2016

Snek Sihat Atas Meja


12 Januari 2016.

Breakfast overnight oats setiap pagi, by the time pukul 11-12 tengahari perut dah terasa lapar dan mulut rasa nak mengunyah. Kalau masuk pantry opis, macam-macam makanan free ada. Kerepek, keropok, kuih-muih baki dari mesyuarat....semua ada. Air kotak pun ada.

Sekarang ini, hari-hari bawak buah-buahan dari rumah dan letakkan atas meja sebelah komputer. Macam hari ni, aku bawa pisang, epal hijau dan buah lemon. Kot rasa lapar, tak ada alasan nak ke pantry dan makan yang bukan-bukan. Air kotak memang ada sekotak atas meja, tapi so far belum terusik lagi sebab air masak 2 liter memang wajib habiskan sepanjang hari di opis sebelah pagi, petang refill lagi 2 liter air masak untuk dihabiskan sehingga malam.

P/s: Mulai hari ni nak cuba panjat tangga sehingga aras paling atas bangunan 4 tingkat ni setiap pagi dan petang sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Cari ruang dan peluang untuk bersenam.

Update : Berjaya turun naik tangga 4 round/kali sebelum solat Asar. Best dapat berpeluh, cuma kasut tak sesuai...kasut kerja kot. Cabar diri, jangan bertangguh.

Pai Epal Berkalori Rendah

12 Januari 2016.

Sejak-sejak berada dalam mode insaf berdiet ni, selalu juga cari resepi makan malam yang bersesuaian untuk kami suami isteri. Kebiasaannya, kami berdua makan roti wholemeal bakar dan salad buah je sebelah malam kalau bukan hari cheatday. Kalau tak silap bulan November lepas Sweet Tooth ada kongsikan resepi apple pie berkalori rendah di blognya (ST's 73 kcal Apple Pie Sempoi), godek punye godek, jumpa juga. Haa....stok epal hijau memang sentiasa ada kat dalam fridge rumah tu, cuma kena keluar beli brown sugar je.

Kredit kepada blog Sweet Tooth ye?
ST mention yang per serving (1 piece = 1 serving) terdiri daripada 73kcal

Oh, untuk resepi ini, aku doublekan kuantiti epal hijau (2 biji), tapi jumlah gula perang (brown sugar) aku kekalkan 2 sudu teh sahaja sebab tak nak manis-manis, just nice je. Tekstur inti pai epal abit dried tapi boleh je terima tekak. Dengan 2 biji epal hijau, boleh dapat 7-8 keping pai epal saiz sederhana.

Masa ni la oven kat rumah tu digunapakai....huhuhu! Walaupun suami komen kulit popiah rasa tawar, tapi laju je dia makan.....kui kui kui, wife Abang masak apa yang Abang tak makan? Semua pun makan je kan?

11 January 2016

Burn Body Fat 2 Miles Powerwalk


11 Januari 2016.

Selesai buat powerwalk "burn body fat 2 miles" selama setengah jam malam tadi. Dah lewat malam sangat, dapat buat 2 miles sahaja. Pagi Ahad semalam tak dapat berjogging sebab terlajak tidur lepas solat Subuh. Breakfast pun dah lepas pukul 9.00 pagi.

Petang lepas solat Asar, keluar mengemas halaman rumah dengan suami. Dapatlah dalam setengah jam duduk mencabut rumput sambil menemankan suami menyabit semak yang dah naik ke paras lutut masing-masing. Seronoklah kucing-kucing semua duduk bermain dekat kami, dah lama agaknya tak tengok tuan lepak luar rumah. Huhuhu...


Antara playlist video powerwalk yang baru dimuatturun. Kena selang selikan dengan aktiviti zumba nampak gayanya.

10 January 2016

Solat Sunat Tahajjud dan Taubat Serta Video Powerwalk

10 Januari 2016.

Alhamdulillah pagi ni dapat melakukan solat-solat sunat; tahajjud dan taubat. Kebetulan tertidur awal malam tadi, jadi terjaga semula di awal pagi dan terus buat solat Isyak serta disambung dengan solat-solat sunat itu.

Pendrive yang mengandungi video-video powerwalk Leslia Sansone entah tersilap letak di mana pun aku tak pasti. Yang paling malang, suami tak buat backup video-video tu di dalam pc (kes nak clearkan saiz storage dalam hardisk pc). Agak bengang juga di situ, sebab aku hanya sempat membuat back-up untuk video zumba Linda Edler sahaja dalam external hardisk.

Jadinya petang semalam lepas solat Asar, aku duduk mengadap youtube untuk mencari dan memuatturun video powerwalk Leslie Sansone. Alhamdulillah jumpa beberapa video powerwalk baru, tapi sayang video-video powerwalk lama yang aku dah biasa guna (dah mahir pergerakan) dah tak available dalam saiz durasi sebenar, yang ada cuma video lama yang telah dipotong atau berdurasi seminit dua je. Bolehlah dari tiada langsung.

Malam tadi juga ternampak dalam post entri FB kawan sekampung yang dah mula buka mini gym khas untuk muslimah. Banyak juga equipment gym yang ditempatkan di rumahnya (ya, mini gym itu berada dalam rumahnya)...tertarik juga nak cuba. Lagi pun sesama perempuan, kurang sikit perasaan segan. InshaAllah, ada rezeki nak try riki jadual gym yang bersesuaian.

09 January 2016

Castor Oil Pack, Solat Sunat Tahajjud dan Solat Sunat Taubat

9 Januari 2016.

Entri lumpsum untuk dua hari. Malam semalam (7 Januari 2016) sambung buat castor oil pack untuk usaha TTC kali ini. Agaknye keletihan sangat, sampai tertidur berselubung dengan segala macam hot pack dan kain berisi castor oil bagai. Terjaga tengah malam, tengok-tengok suami pun dah tertidur sama...maksudnya dapat reheat sekali je hot and cold pack atas induction cooker tu.

Alhamdulillah, pagi ni (9 Januari 2016), dipermudahkan bangun untuk melaksanakan solat sunat tahajjud dan solat sunat taubat. Semoga istiqamah...

08 January 2016

Simpanan Emas Demi Masa Depan

8 Januari 2016.

Betullah kata orang; bila mula menyimpan emas dalam tangan, aura emas tu memang luar biasa.

Aku mula berjinak-jinak dengan simpanan emas sejak bulan Oktober 2015 lepas melalui kawan sama bidang kerja. Owh ye, aku bukan jenis orang yang suka membeli barang kemas untuk perhiasan diri. Selama usia mencecah 33 tahun ni, barang kemas yang ada hanyalah seutas rantai emas yang arwah Mak belikan, 3 bentuk cincin emas yang suami belikan masa merisik, bertunang dan bernikah serta seutas gelang emas yang suami belikan untuk upacara membatal air sembahyang.

Bila dijemput ke dalam group whatsapp celik emas, alhamdulillah banyak ilmu yang dapat dipelajari tentang keistimewaan simpanan emas; sama ada dalam bentuk syiling emas, dinar emas, goldbar dan juga barang kemas. 

Aim aku sekarang adalah nak mengumpul simpanan emas sedikit demi sedikit; 1gram 1 bulan. Lagi satu, lebih puas hati bila kita dapat simpan sendiri emas fizikal (emas yang boleh dipegang sendiri). InshaAllah boleh dicapai, dan memang dah niat nak jadi salah seorang pembayar zakat emas suatu hari nanti....semoga Allah SWT redha dan bantu niat aku yang satu ini, amin ya rabbal alamin.


EMAS

Terdapat 2 keadaan untuk pembayaran zakat emas.

· Emas Yang Tidak Dipakai
Emas yang tidak dipakai (disimpan sahaja) wajib dikeluarkan zakat apabila mencukupi atau melebihi kadar nisab (85 gram) nilai emas, maka diwajibkan zakat ke atasnya sebanyak 2.5% atas nilai emas sahaja.

Contoh : emas yang disimpan bernilai RM 10,000 (nilai emas semasa) x 2.5% (kadar zakat)= RM250.00 (zakat wajib dibayar)

· Emas Yang Dipakai
Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau secara berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi URUF (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan). Penggunaan URUF ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada mazhab Asy-Syafie. Sebagai panduan, buat masa ini kadar URUF yang digunakan di Pulau Pinang adalah sebanyak 165 gram.

Contoh: Seorang wanita yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri bernilai RM 10,000, maka zakatnya ialah sebanyak:
RM10,000 X 2.5% = RM 250.

Hanya berat/harga emas dikira untuk pengiraan zakat tanpa mengambil kira batu-batu permata, berlian, delima, zamrud dan lain-lain.



05 January 2016

MJ2016 : Castor Oil Pack

5 Jan 2016.

Saje nak jotted down progress semalam (4 Jan 2016).
Walaupun tak dapat bersenam, tapi misi-misi lain alhamdulillah tercapai.
Stok air minum dapat dihabiskan 3 liter air masak dan 1 liter air lemon.
Balik rumah dinner fruit salad dan roti bakar. Lepas tu sibuk masuk dapur untuk masak lauk makan tengahari ni. 

Lepas tu minta tolong suami sediakan kelengkapan castor oil pack. Lama betul dah tak buat. Cadang aritu nak buat hujung minggu lepas tapi asyik tertangguh je. Alhamdulillah malam tadi dapatlah buat sekejap dalam 30-45 minit. 3 kali re-heatkan hot & cold pack atas induction cooker. Kain napkin yang digunakan untuk castor oil pack dulu dah kena buang sebab dah lebih tempoh 6 bulan simpan dalam fridge. Nasib baik jumpa kain napkin lain kat rak baju dalam bilik.

04 January 2016

Bila Gambar Dari Blog Diviralkan Di Siakap Keli

4 Januari 2016.

Ini kes malam Sabtu lepas (2 Januari 2016).
Aku sebenarnya selalu juga jenguk FB Page Siakap Keli, tengok gambar-gambar topik yang aku rasakan menarik. Dah takdir agaknya, malam Sabtu lepas aku browse page Siakap Keli dan ternampak post entri kat atas ni pasal design-design dapur rumah idaman. Bila baca tajuk post entri tu, terus la skip gambar-gambar yang ada dan terus ke gambar yang terakhir. Eh? Sekali tengok gambar terakhir tu rasa macam kenal plak? Dapur rumah arwah Mak aku kan??? Gambar yang dicilok tanpa membuang terlebih dahulu watermark blog aku ni.

Ni gambar yang dipaparkan kat Page Siakap Keli. Gambar yang paling banyak like antara kesemua gambar-gambar tu. Hampir 4,000 likes kot? Gambar-gambar yang lain dapat like sekitar 800-900 likes sahaja. Memang terperanjat gile betul dibuatnya. Aku tak marah pun cuma bila baca komen-komen di bawah gambar tu, aku rasa aku kena ambil tindakan maklumkan pada Admin Siakap Keli untuk betulkan keadaan. Niat aku satu je...aku tak nak tukang komen kat gambar tu dapat dosa kering. Nak kutuk, kutuk la...aku apa ada hal? Tapi bila ada yang komen yang negatif melibatkan arwah Mak....rasanya perlu dihentikan segera. Celah mana nak cari arwah Mak aku minta maaf balik?

Aku pun komenlah kat bawah gambar tu.....rasa-rasa korunk, ayat aku tu ada macam mengamuk marah ke? Ada macam aku memaki ke? Selembut boleh aku karang ayat supaya Admin Siakap Keli boleh faham maksud ayat aku tu. Tak sangka pula kakak aku pun nampak gambar yang sama dan komen di bawah komen aku tu.

Antara komen-komen FB user yang lain....personally aku approach setiap FB user yang komen negatif pada gambar tu, maklumkan benda yang betul. Alhamdulillah, hampir semua yang terima PM aku tu, balas balik dan minta maaf. Aku pun tak kecil hati sebenarnya. Dan-dan time tu kemain ramai add friend request, jenuh aku nak men'decline' request tu....tak perlu kot nak add aku. Huhuhu....tak pernah hidup aku FB notification sampai beratus-ratus dalam tempoh singkat.

Bila aku nampak Admin Siakap Keli macam tak perasan komen aku kat bawah gambar tu, aku post komen kat wall admin pula. Ada juga hamba Allah yang menjawap di bawah komen aku tu. Terima kasih.

Hanya lepas itu, barulah Admin Siakap Keli respons dan meminta maaf secara terbuka di wall Siakap Keli. Tindakan yang di ambil oleh Admin? Admin Siakap Keli telah PM personal pada akaun FB aku dan telah menurunkan gambar tu dari post entri itu. 

Aku perasan Admin Siakap Keli telah mengubah komen sebanyak dua kali. Tambah ayat la kot? Tapi maksudnya sama je.



Ayat dalam post entri ini pun telah diubah semula. 

Sebagai langkah maklumbalas atas tindakan pembetulan yang Siakap Keli dah buat, aku telah delete semua komen aku dari page berkenaan bagi mengelakkan komen-komen yang meleret-leret.

03 January 2016

MJ2016 : Hari Ke-3, Jarak Larian Makin Bertambah


3 Januari 2016.

Hari ketiga dengan rutin harian yang masih sama tidak berubah. Harap-harap semangat ni berkekalan lama. Apa-apa pun, Jumaat pagi adalah waktu untuk menimbang berat kami suami isteri.

1. 2 liter air masak + 2 liter air lemon

2. Berjogging dengan jarak 3.65 miles / 5.874 km gaya amatur dengan suami...hahaha. Hampir 276kcal kalori dibakar. Oklah kan dari tak bersenam langsung. Ada peningkatan dari segi jarak larian. Kami pelbagaikan jenis larian; sekejap brisk walking, sekejap berlari. Memang terasa mencurah peluh keluar dan jantung berdegup kencang. Best, best...

3. Owh ye, semalam jumpa kelapa muda dijual di depan pasar. Simpan sehari, hari ni suami tolong kopekkan, minum sejuk-sejuk. Sedapnyaaaa....

4. Breakfast overnight oats macam biasa. Tengahari makan nasi lauk ikan selar. Nasi tak bertambah, cuma ulang meratah sayur dan ikan je. Malam ni mungkin masak roti bakar je kot. (Update : Tak jadi makan roti bakar, kami suami isteri makan tauhu sumbat. Sumber protein yang terbaik.)

02 January 2016

MJ2016 : Hari Ke-2


2 Januari 2016.

Misi hari ini yang 98% berjaya dicapai:

1) 2 liter air lemon

2) 2 liter lebih air masak

3) Berjogging suami isteri di sebelah petang - 4.57 km / 2.84 miles dalam tempoh 53 minit

4) Sarapan - overnight oats, makan tengahari - nasi + lauk, makan malam - fruit salad

5) Buat Castor Oil Pack sebelum tidur

01 January 2016

MJ2016 : Powerwalk Berdua


1 Januari 2016.

Owh, sangat kekok bila menulis "2016".
Bersemangat nak berjogging di luar awal pagi ni, tapi tak semua yang dirancang akan tercapai. Lepas solat Subuh, masa baca Surah Al-Kahfi dan Surah Yasin, hujan lebat mula turun. Oh, tidak!

Backup plan!
Buka video powerwalk Leslie Sansone, berpowerwalklah suami isteri depan tv selama 45 minit lebih. Alhamdulillah, berjaya selesaikan 3 miles powerwalk (4.83 km).

Misi hari ni :
1) 2 liter air lemon
2) 2 liter air masak
3) 2 sesi senaman (pagi -powerwalk, petang/malam - zumba/jogging)
4) Sarapan - overnight oats, Makan Tengahari - nasi + lauk, Makan Malam - salad buah+roti wholemeal bakar

2506_0101_16_74_7
0810_0101_16_78_1