21 December 2015

Syukur Alhamdulillah Bila Dipertemukan Dengan Orang Baik-Baik


21 Disember 2015.

Alhamdulillah, hari ni temujanji dengan doktor di Poliklinik berjalan lancar. Syukur dipertemukan dengan nurse-nurse yang baik hati, mesra pesakit dan layan dengan baik sekali. Syukur juga dipertemukan dengan doktor yang mesra dan kebetulan ada pengalaman TTC sama dengan aku (sudah 5 tahun berkahwin dan masih belum ada zuriat). Terima kasih banyak-banyak pada Dr Lina (Doktor perempuan berbangsa India) yang excited berkongsi cerita tentang usaha IUI. Doktor yang begitu mengalakkan aku berusaha cara IUI/IVF sesegera mungkin sementara tahap kesihatan masih baik dan sementara masih muda lagi ni.

Walaupun bacaan kolestrol aku sedikit naik, doktor siap cakap, "It's ok, naik sikit je. Undercontrol lagi" Hehehe....Tak lupa juga syukur dipertemukan dengan pharmacist yang begitu mengambil berat dengan keadaan kesihatan aku. InshaAllah ada lagi sekali lagi pertemuan dengan pharmacist sebelum sesi kami berakhir bulan Januari 2016 nanti.

Setiap kali ada temujanji di klinik, aku selalu berdoa agar dipertemukan dengan orang yang baik-baik, Alhamdulillah setakat hari ini, Allah makbulkan. 

16 comments:

  1. alhamdulillah..semoga dipermudahkan semua nyer.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah syukur :) permulaan yg baik...insyaallah berterusan...org doakn agar dipermudahkn :)amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, terima kasih Mummy Reha....doakan Yani ye?

      Delete
  3. Alhamdulillah...bl dapat deal dengan org yang baik mmg hati pon jadi senang nk wat treatment kannn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Iya, Yani selalu berdoa dipertemukan dengan orang baik-baik, dan selalu ingatkan diri untuk mudahkan juga urusan orang lain.

      Delete
  4. hi nice entry done folo, folo me back ;)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum
    Kolesterol yani brp?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slightly tinggi sikit dr normal range 3.0 - 5.2 level kolestrol tu...dah tahu dah punca dari apa...huhu..mmg tak boleh amalkan diet atkins la..

      Delete
    2. Saya 8 yani

      Sy pon xleh diet atkins..
      Takpela atleast kita try n error..

      Usaha lg..ayuh.hehehe

      Delete
    3. Eilah, Yani punye bacaan 5.67 kali ni...sebelum-sebelum ni kalau check up 4.41 ke bawah.

      Yanikan dah stop ambik Herbalife, so ingat nak ambik protein masa breakfast (scramble eggs, sosej rebus, rotiwheatmeal bakar dan baked beans) untuk ganti Herbalife shake. Masa bagitau doc menu sarapan Yani tu, doktor tak sarankan ambik sosej sebab sumber dan cara memproses sosej banyak menyumbang kepada punca kanser.

      Doc kata telur ok kalau sebagai sumber protein, cuma cara penyediaan secara goreng is better than merebus sebenarnya dari segi kolestrol.

      Delete
  6. Owh...

    Sy dah hampir 2 bln breakfast oat + susu omega..bleh la tekak terima.

    Klu oat saja,out rasa..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani buat sarapan (scramble eggs, sosej rebus, rotiwheatmeal bakar dan baked beans) tu hanya waktu hujung minggu je & masa cuti. Hari bekerja biasanya preparekan overnight oats untuk kami suami isteri...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)