28 December 2015

Siblings Gathering : Puncak Alam

28 Disember 2015.

Cuti panjang 4 hari minggu lepas dihabiskan dengan beberapa aktiviti siblings/ family gathering di rumah kakak sulung di Puncak Alam. Tak lengkap siblings gathering ni sebab famili Kak Lang tak dapat join sama. Kalau tak, mesti lagi happening. Konsep potluck, jadi masing-masing datang bawa makanan sendiri. 

Menu makan malam bertema potluck, antaranya:

1) Ayam dan Kambing BBQ Panggang
2) Satay Ayam & Daging Samuri dan ketupat
3) Kek Peach Cheesecake
4) Congobars
5) Premium Cheesetart
6) Spagetti Bolognese
7) Nasi Goreng
8) Fruit Cocktail Punch
9) Kuih-muih

Hari Jumaat (25 Disember 2015), masing-masing sampai di rumah Kak Long pada sebelah petang, kemudian beransur-ansur hidang makanan dan mula sediakan tempat membakar BBQ sambil tunggu adik beradik yang lain sampai. Bila semua dah sampai, sekitar lepas maghrib kami mula membaca doa dan makan bersama-sama.










Seronok dapat berkumpul bersama-sama macam ni....inshaAllah tahun depan, kalau ada rezeki, kami adik beradik merancang nak sambut hari raya di Brunei di rumah Bangah. Kebetulan tahun 2016 giliran kami adik beradik beraya bersama-sama.

2 comments:

  1. seronok kan yani kumpul ramai2...jarang2 jumpa, sekali jumpa mmg rasa x puas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, memang seronok bila dapat melayan kerenah anak-anak buah. Bila tengok muka adik beradik, terusik hati teringatkan arwah mak abah....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)