29 December 2015

Siblings Gathering : Genting Strawberry Leisure Farms

29 Disember 2015.

Pagi 26 Disember 2015, lepas breakfast ramai-ramai, kami adik beradik buat plan spontan untuk ke Genting Strawberry Leisure Farms seramai 3 keluarga; famili Kak Long, famili Kak Teh dan aku suami isteri. Adik bongsu tak dapat ikut sebab nak ke kenduri kahwin belah mertua di Negeri Sembilan.

Memandangkan aku suami isteri memang tak tahu jalan, kami follow je kereta kakak-kakak, keluar dari Puncak Alam menuju ke arah Kuala Selangor. Tengok-tengok kakak-kakak aku singgah kat satu kedai tepi jalan utama; Kedai Karipap King Kong. Kak Teh cukup mengidam nak makan karipap ni, selama ni aku hanya dengar cerita je tapi tak pernah rasa. Dah alang-alang singgah, aku join beli sekali karipap king kong isi ayam dan daging. Harga RM4.50 sekeping, tapi memang puas hati la makan. Lebih besau dari tapak tangan...hahahha.....


Sambung perjalanan ke Genting, kami sampai di Genting Strawberry Leisure Farms (GSLF) ni dalam pukul 12 tengahari, matahari dah tengah atas kepala. Nasib baik udara sejuk masih boleh dirasai menyentuh tubuh. Jalan nak naik ke Genting alhamdulillah ok, tapi still bengkak bengkok la. Kebetulan cuti sekolah, memang berderet la kereta naik dan turun Genting. 

Suasana di GSLF ni lebih kurang sama je macam Cameron Lavender di Cameron Highlands tu, kalau tak silap owner yang sama kot. Cuma yang tak bestnya, agaknya tak ada musim strawberry kali ni, rasa macam tak berbaloi je bayar tiket masuk RM8 seorang tapi tak dapat rasa pengalaman memetik strawberry. Ramai juga pelawat yang datang merungut. Kalau ada pun, strawberry yang dijual di kaunter tu rasanya strawberry yang dah siap-siap pekerja GSLF petik dan packing (ke import dari Cameron Highlands? Oppss...)

Takde la teruja sangat masuk jalan-jalan di sini....hurm, agak bosan sebenarnya. Nasib baik melayankan anak-anak buah, hilang juga rasa bosan. Dalam sejam lebih kami berada di situ, kami dua famili (aku dan kak Teh) beransur balik ke Melaka, manakala famili Kak Long stay di Genting untuk naik ke atas, ke Resorts World Genting Theme Park.

Nasib baik aku tak berapa teringin sangat nak naik ke atas, sebab bila tengok landskap jalan dan lokasi theme park yang sayup-sayup mata memandang, rasa tak pergi pun takpe....lain tahun la.

4 comments:

  1. tggu theme park siap nxt yr. baru best naik. skrg ni indoor je yg buka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah...kakak yani pun cakap benda yg sama juga...2017 baru dibuka officially utk org ramai. Belum terasa nak ke sana lagi kot...huhu...org lain kalau duit banyak tak tahu nak buat apa, boleh la...yani rasa better yani pergi cuti ke CH...lagi tenang..

      Delete
  2. Buah dah abes kena petik kit... Coti skolah kan, ramai org... Tapi patutnya dia bgtau la kan x de buah nk petik. Or bagi half price kali nak maduk jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe or maybe not ST...tapi tengok buah starwberry yang masih ada kat pokok masih kecil dan putik kecil lagi, mcm tak logik je yg dia jual tu dari pokok yg sama...jauh naw beza saiznya....tourist mostly chinese la yg bising...sound direct je kat kaunter...

      RM8/orang ...agak mahal la bagi org yg datang dengan anak2 kecil...budak2 kan seronok nak rasa pengalaman petik buah strawberry sendiri...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)