23 December 2015

Langkah Penjimatan Tahun 2016


23 Disember 2015.

Di kala semua benda naik, jangan asyik merungut. Tapi cari jalan penyelesaian. Thanks kepada pengguna FB yang menggunakan nama Liyana Syazwani yang berkongsi tip mengurangkan bil elektrik kepada semua. Betul juga apa yang dikatakan; benda ni antara rajin tak rajin je buat. Kalau malas nak unplug/cabut semua plug dan tak kisah bil elektrik beratus-ratus, abaikan je la...ko kan kaya?! Huhuhu.....aku yang tak kaya ni, memang definitely akan cuba tip Liyana ni.

Ni rekod bayaran bulanan bil elektrik kat rumah arwah mak.
Yang berwarna merah tu bil elektrik semasa arwah mak masih ada. Masa tu tinggal lebih kurang 6 orang kat rumah tu. Range bil dalam lingkungan RM250 dan ke atas.

Lepas tu, bila dah tinggal bertiga dengan arwah bibik, kakak aku pun dah pindahkan anaknya ke sekolah lain, bil bulanan ada sedikit pengurangan. Masa tu pun aku masih tidur dalam bilik pasang aircond. Dah la aircond pasang, kipas pun pasang juga...melampau kan? Ada orang tu kata sejuk aircond tak rasa sangat....hurmmm...

Bila tinggal berdua je dengan suami, tengok bil elektrik masih tak turun masih beratus-ratus, aku dah mula naik hangin. Mana tak nyer, suami dok pasang komputer dan biarkan sepanjang hari sebab mendownload movie di torrent. Kipas pun pasang sebab nak kasi CPU jangan panas. Aku mulalah membebel suruh shut down PC time tidur. Siap ugut, kalau tak reti shutdown PC, aku bangun tengah malam cabut terus plug power...lantak la PC jahanam ke hapa. Aku pedulik hape? Bukan PC aku pun.....hahahahha. Beberapa kali juga la PC suami rosak sebab tak properly shutdown. Aku senyum je. Dah geram sangat, aku ambil keputusan nak tidur kat ruang tamu je, pakai kipas siling. No more aircond.

Nampak yang berwarna hijau tu??

Haaaa....tu hasilnya tidur sepanjang bulan kat ruang tamu berkipas siling je. Puas hati aku.

Bila dah tidur luar bilik, suami pulak bawa CPU lain pasang kat tv di ruang tamu. Alasan senang nak surf internet atau layan movie download. Haa, lepas tu bil naik balik la sebab dia mendownload movie dan tak off PC. Ggrrrr.....ni yang aku nak start cabut plug power CPU tengah-tengah malam ni. Siap eh!

Based tip Liyana kat atas tu, aku dah senaraikan beberapa peralatan elektrik dan elektronik yang sentiasa digunakan di rumah, contohnya:
1) TV - 2 unit
2) Astro decoder
3) Peti ais - 2 unit
4) Mesin basuh baju
5) Aircond
6) Kipas atas tempat masak
7) Komputer - 2 unit
8) Modem Streamyx
9) Seterika
10) Water heater

So start hari ni, aku dah ingatkan suami untuk cabut semua plug elektrik, bukan setakat shutdown/ offkan. Kita tengok apa kesan penjimatan ni bermula bil elektrik bulan depan ye?

P/s : Bil elektrik masa bulan Syawal memang tak boleh buat apa la, confirm naik sebab adik beradik balik. Masing-masing pasang peralatan elektrik 24 jam, basuh baju lagi sampai berapa round. Pejam mata je la...huhuhu!

6 comments:

  1. Akk kt umah mmg elektrik jimat walau kami guna induction cooker (masak guna dapur elektrik - tak guna gas), pastu water filter Coway 24jam, peti ais memang lah kan.
    Now kami pasang air purifier Coway which kalau ada kat umah mmg terpasang je lah. Aircond waktu tidur ja.
    Tapi, bil dalam 60++ cam tu ja.
    Paling tinggi RM90++ tu pun waktu musim panas.

    Agaknya rumah baru kot.. meter elektrik pun baru.. agaknya la sbb ramai orang bising2 letrik mahai, kami rasa cam okay ja plak. Takyah cabut2 plug tu pun okay lagi. Hihi.

    Selamat menjimatkan letrik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani suspek bil sentiasa tinggi atas RM100 setiap bulan sebab running 2 fridge kt rumah tu. Satu lg pasal aircond. Tapi serious mmg nak kena try tip ni...mana tahu ade penurunan menjunam bil elektrik bulan depan?

      Delete
  2. huhuhu...kat umah i aircond la...and water heater. lps ni mmg bleh amalkan tips ni. thanks sharing yani :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama ST...tadi terbaca kat FB, ada org tanya kat FB TNB pasal isu cabut plug, TNB pun ngaku tip tu betul dan berguna. So, kena biasakan diri cabit semua plug sebelum pergi kerja...x leceh mana pun.

      Delete
  3. nice shring
    tp kite mmg cabut pon ke smua plug yg x digunakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama CikSue...bak kata pepatah "Biasakan yang betul, betulkan yang biasa"...nak-nak plak zaman semua benda makin naik harga...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)