05 November 2015

Orang Lelaki Pun Perasan Rupanya


5 November 2015.

Haritu masa keluar berdua dengan sorang lagi staf untuk buat pemeriksaan pelupusan di jabatan luar, berbual la hal opis dengan dia (staf ni staf lelaki) sambil driving. Rancak berbual, tiba-tiba dia cakap "Aku tengok ko ni jenis independent, buat hal sendiri je. Keluar makan pun tak de nak tunggu, saing-saing member opis macam geng Puan A tu. Baguslah macam tu"

Memang tak sangka bila orang lain (lelaki pulak tu), perasan rupanya benda-benda macam ni.

Aku gelak je bila dengar staf lelaki tu cakap macam tu. Memang betul pun. Memang dari zaman belajar aku bukan jenis nak belajar kena ada study group ramai-ramai. Study pun dengan student non-muslim. Bukan apa, rimas bila study dengan budak perempuan Melayu ni; setengah jam fokus, baki 1 jam setengah merepek benda lain.

Kat opis pun, memang ketara aku boleh survive takde nak bergantung sangat dengan geng-geng staf perempuan. Keluar makan sorang-sorang pun takde hal, tak ajak keluar sama pun aku tak kisah. Biasalah, dalam satu opis kan akan wujud 3-4 puak geng perempuan; geng anak-anak dara, geng mak-mak dara, geng veteran. Semua geng aku boleh masuk tapi takde la clingy everytime nak keluar makan, nak kena team up. Nak keluar rehat panjang hari Jumaat nak kena keluar sama-sama...urghh, sangat bukan aku. Kalau nak keluar ke tempat yang sama pun, aku akan make sure aku drive kereta sendiri, tak carpool sebab once selesai je urusan aku, aku cabut balik opis. Nama nak aku join ikut window shopping tawaf satu shopping complex, minta maaf ler tak kuasa aku.

Satu lagi, tak boleh masuk la group mak-mak dara ni; main topic pasal anak. Mana yang boleh aku layan, aku stay la dengar. Tapi kalau dah setiap kali dok berbual habis semua aktiviti anak-anak ko nak cerita detail kat aku, sorry tak minat.

6 comments:

  1. yani..sama la kita..saya pun geng..kat ofis tak de joint mana geng pompuan..natural orang kata..stakat borak2 sama, layan je tapi kalau nak keluar nak kena together2, memang tak la..kalau kebetulan nak keluar tu ada kawan nak joint, saya okey je..tapi kalau tak de kawan, sorang pun jadi..tak de la nak kena tunggu kawan bagai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang bila bergeng2/berpuak2 sgt ni, jadi macam satu kerimasan bila ade gossip2 di kalangan geng/puak masing-masing. Independent lagi bebas, kurang sikit dosa bergossip. Huhuhu...

      Delete
    2. Haha..betul..setuju..lgi best independent..nak kuar makan, tak payah nk bergeng bagai..

      Delete
    3. Lagi plak kita yang penjawat awam ni..kalau kuar beli breakfast, berdedai-dedai jalan saing ke cafe...mcm rombongan cik kiah plak...huhu...x kuasa la Yani gaya mcm tu.

      Delete
  2. err...jarang sgt kluar makan ramai2 geng pempuan sbb i'm the only lady manager...x dop org nk kawan... ahahahah :-P tempat keje i ramai lelaki dr pompuan (10/40 staff)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..team Yani kebanyakkan bawah Yani staf lelaki, jadi lebih selesa keluar makan dengan diorunk. Bila handle event kt luar, reramai kuar makan tempat yg sempoi2 janji kenyang. Dah team teknikal, memang kebanyakkan stafnya lelaki, bos perempuan ni yang kena adapt dengan cara diorunk...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)