30 November 2015

Churros Cubaan Kali Pertama

30 November 2015.

Entri terakhir bulan November disudahi dengan entri makan-makan. Huhuhu...jumpa resepi churros ni dalam Page FB (sumber Dari Dapur Seorang Amatur). 1st trial, rupa tak seberapa. Rasa tak berbaloi nak pergi beli piping bag dengan star nozzle kat kedai kek, jadi gunakan sahaja nozzle acuan kuih tart arwah mak. Tapi.....serius sedap! Rangup kat luar, lembut kat dalam.

Tunjuk gambar churros ni kat dalam whatsapp group adik beradik, kak Lang sound bentuk churros aku macam keropom Tam Tam....hahahhaa, kurang ajar betul! Takpe la, janji suami habis makan kan?

Bahan-bahan: 

1 cawan air* 
1 sudu besar mentega/margerin 
1 sudu besar gula* (gula yg bancuh teh kopi tu) 
1 sudu teh esen vanila* 
Secubit garam* 
1 cawan tepung gandum 
1 biji telur B

Cara-cara:

1. Satukan bahan-bahan bertanda * dalam kuali (saya guna kuali non stick). Buka api dan kacau sampai gula larut dan mentega tu cair. 
2. TUTUP api, masukkan tepung sikit demi sedikit sambil kacau dengan senduk... Terus je balik-balik kan tepung tu sampai doh yang lembut terhasil... Klau doh tu berketul-ketul, pedulikan je...
3. Telur pukul dadar sikit dan tuang dalam doh. Doh masih panas, jadi terus je uli-uli dengan senduk. Bila doh dah sejuk sikit dan boleh dipegang, uli la dengan tangan sampai betul2 sebati dan tiada lagi ketul2 tepung. Tips : Doh yg cantik adalah doh yg licin dan agak kenyal. Tak melekat2 dekat tgn.
4. Masukkan doh dalam piping bag... Guna star nozle dan paipkan atas dulang yg dialas baking paper (tujuan tak nak bagi melekat je...) Sementara dok paip Churros tu, boleh la panaskan kuali minyak.
5. Goreng sehingga keemasan dan diangkat.
6. Sira dengan gula icing dan sedikit serbuk cinnamon. Lebih umph kalau dip dlm sos coklat.


6 comments:

  1. wah...sodap nih! (seb baik yani x up entry malam smalam... i craving benda manis mlm tadik... kalo tak, mau ada yg buat churros tetengah malam... heheheh :-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah glamer churros ni..kat fb, joint satu group masakan..memasing nunjuk skill men'churros..rasa macam nak try tapi takut tak jadik..hehe

      Delete
    2. ST : hehe.....malam ni boleh buat kan? Best bile sprinklekan cinnamon powder....wangi je....

      Fieza : Betul tu, tgh 'in' orang kata...macam2 bentuk lawa org buat. tak yah risau, bahan dia simple je, mustahil tak jadi...cuma kena pandai buat corak la...heheheh

      Delete
  2. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    Thanks :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya! pernah try tapi tak berapa nak menjadi huhu.. boleh ikut resepi ni! thanks for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zura, ni Yani letakkan sekali tips yang dapat dari owner resepi asal ni, kalau follow betul2, inshaAllah resepi churros ni menjadi.

      Tips :
      1. Ada beberapa resepi Churros yang sayan sudah try, bagi saya ini yang terbaik. Rangup di luar, lembut di dalam...Ada resepi saya buat, Churros saya keras macam belimbing besi... sebab tepung yang berlebihan. TEPUNG 1 CAWAN dah cukup yee... kalau lebih, kompen boleh baling dinding.

      2. Masa nak masukkan tepung, kebanyakkan resepi suruh perlahankan api... Tapi saya TUTUP API masa tu...Ikut petua, Jangan uli tepung dengan air yang menggelegak... Ini untuk mendapatkan churros yang berkulit rangup dan kerangupan tu tahan lebih lama...

      3. Kalau agak-agak doh panas lagi, tak boleh nak uli dengan tangan... boleh je tunggu kejap, no hal. Take your time untuk uli doh bagi licin yee... tak perlu tergesa-gesa sebab kuih ni tak ada istilah bantat ke ape.

      4. Seelok-eloknya guna piping bag yang tebal kalau tak nak 10 kali tukar bag... klau piping bag nipis, kompom pecah.

      5. Guna star nozzle untuk corak belimbing yang cantik. Kalau nak guna acuan samprit pun boleh. Pada yang tak pentingkan rupa, nak gentel je pun tiada masalah hehee...Saiz Churros saya ni, agak-agak dalam 2 inci setiap satu.

      6. Pada yang expert pro master (hehee...) boleh je paip terus dalam minyak yang panas... Saya cuma amatur, jadi saya paip dulu semua dalam dulang... sebab nak standardkan saiz. Pastu baru campak semua sekali dalam kuali... masak pun seragam je... Kuih saya ni, saya gelarkan CHURROS BELIMBING... sebab kurus dan pendek... hehee Persembahan plak ala2 bunga matahari, memang gempak la kan. Dip pulak dalam hot coklat... mmg 'hot'!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)