14 August 2015

Mau'izati : Husnul Khatimah

14 Ogos 2015.

Semalam tak dapat ikuti sepenuhnya segemen ni tapi nasib baik ada hamba Allah yang sudi mencatit isi ucapan...paling terkesan bila ustaz jawap soalan macam mana nak khusyuk dalam solat? Ustaz kata, sentiasa bayangkan ini adalah solat kita yang terakhir dan bayangkan saat kita mati dalam solat-solat kita. Allahuakhbar! Sangat terkesan dalam hati...

Tajuk perbincangan Mau'izati IKIM.FM (Husnul Khatimah) - 13 Ogos 2015

Antara utusan2 (peringatan) yang dihantar oleh Malaikat Maut (dgn izin-NYA) ke tanda-tanda yang kita menghampiri kematian.
1. Datangnya berbagai-bagai penyakit yg berbezauntuk setiap orang.
2. Tumbuhnya uban di kepala (kening, misai dan janggut)
3. Pendengaran semakin terbatas
4. Penglihatan semakin kabur.
5. Nikmat-nikmat makan semakin berkurangan.
6. Dilanjutkan ke usia 60 tahun............tanda2 kematian semakin menghampiri (ada 99 perangkap maut).........namun kita tidak akan terlepas dari perangkap tua.

^Antara tanda2 yg Allah sayangkan kita..........Allah gerakkan hati kita utk berbuat kebaikan cth : solat, puasa, baca quraan, sedekah dan lain-lain lagi.
^Kejahatan itu lebih kuat tarikannya kpd manusia (berbanding kebaikan).
^Tanda Allah sayangkan seseorang, Allah akan muliakan (beri perhormatan kpd) dia.............pimpin dia sehingga ke saat2 kematiannya cth : mudah bangun utk Tahajjud.
^Antara tanda Husnol Khotimah yg lain..................mudahnya roh (nyawa) utk keluar dari jasadnya.
^Sekiranya gerakan hati lebih ke arah kejahatan..........itulah tanda2 Su'ul Khotimah Contoh : mengabaikan solat (main-main dlm solat)(berjudi dan minum arak)(derhaka kpd ibubapa)(menyakitkan hati sesama muslim).
^Antara tempat yang dianggap sebagai Husnol Khotimah......Tanah Haram, ketika sujud dalam solat, dalam masjid/majlis ilmu.
^Istiqamah dengan Islam (agama Allah), insyaAllah akan memudahkan kita menyebut 'la ilaha illah' pada pengakhiran nyawa kita.
^Salah satu tanda nikmatnya solat apabila kita 'terkenang' saat mati dalam solat-solat kita.
^Sesungguhnya pengakhiran kita adalah yg paling utama.

Kesimpulan,

Antara benda yg penting ialah, 'doa' supaya Allah sayangi kita.
Jaga amalan-amalan kita........jangan Allah murka kepada kita.
Benci Allah (murkanya Allah) maka hilanglah rahmat-NYA dan terlepas kita dari Husnol Khotimah.
Mudah mudahan ada manfaatnya
Mohon maaf jika ada kesilapan di dlm mencatit.
Dzul Alias
27 Syawal 1436H

P/s: Dah remove gambar hoax berkenaan Pie meninggal tu. Aduhai....

2 comments:

  1. kat ofis kami ni kerap terjadinya kematian mengejut dan kematian pada masa muda.
    Mmg sungguh menginsafkan (T___T).

    ReplyDelete
    Replies
    1. KekDa....mulai sekarang, memang kena betulkan niat (peringatan kepada diri sendiri), kena berdoa sungguh2 Allah berikan peluang pada kita menyebut 'la ilaha illah' pada pengakhiran nyawa kita.....macam ustaz cakap.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)