28 July 2015

Supplemen TTC Kami Suami Isteri


28 Julai 2015.

Seminggu lepas raya, baru perasan stok supplemen banyak yang dah tinggal sedikit, yang dah habis terus pun ada. Yang aku perasan, stok aloe, surbex zinc memang totally habis kat rumah. Sebab sibuk dengan persiapan raya, buat-buat tak nampak je ada 1-2 ubat tak lengkap.

Setakat hari ni, farmasi Caring ada kebanyakan supplemen-supplemen yang aku sedang consume, senang cari satu tempat. Harga pun inshaAllah ada yang lebih murah berbanding harga di tempat lain.


Selalunya aku beli stok aloe yang bersaiz 1.5L, tapi kali ni bila tengok kat rak hanya ada stok promosi 1.25L aku tanyalah staf Caring. Rupanya stok 1.5L dah discontinue dan digantikan dengan stok 1.25L plus ada free gift gel aloe.


Satu yang aku suka beli supplemen pek besar-besar macam ni sebab selalu ada promosi free gift. Memang agak pricey, tapi inshaAllah worth it la. Lagipun, stok supplemen ni bukan beli setiap bulan. Once beli, stok boleh bertahan selama 2-3 bulan untuk kami suami isteri. Macam kali ni, beli multivitamin & mineral dapat wrist band. Suami kemain seronok bila tengok free gift ni, siap cakap nak pakai time bersenam nanti.


Supplemen surbex zinc pun dapat free gift sport arm band yang boleh letak handphone tu.


Resit pembelian kali ni. Suami yang jarang temankan aku beli supplemen, kali ini bila tengok jumlah harga terus terdiam. Haa....kan? Ingat murah-murah ke perbelanjaan kita yang TTC ni? Semua main duit je. Sebab tu aku selalu membebel bila suami dok skip makan ubat, kadang bertekak juga suruh dia makan supplemen yang dah dibelikan....bukan apa, sebab kita tahu benda tu bukan murah. Suami hanya tahu stok supplemen dah tersedia je kat rumah, part lain tak ambil tahu sangat.

Kadang tu terluah juga rasa hati...orang lelaki ni senang je tugas dia; jaga pemakanan dan makan ubat. Isteri ni la yang macam-macam kena lalui; kena telan sedozen ubat, kena seluk sana sini, kena kangkang depan doktor, kena operate, kena beranak, macam-macam lagi....hurm. Bukan merungut tapi sesekali kena ingatkan suami perkara-perkara macam ni. Usaha datang dari kedua-dua pihak, bukan seorang je usaha keras yang satu lagi buat sambil lewa.

10 comments:

  1. ai salute u... heheee.. tu je akk nak ckp utk orang yg displin makan multivitamin ni. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sementara boleh telan segala mak nenek supplemen ni KekDa...wallahualam la kalau usaha nak dpt zuriat sampai peringkat suntik menyuntik atau operate, itu redha je la..

      Delete
  2. yani keje gomen kan...beli supplements from Caring boleh claim tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Claim yang macam mana tu Atie? Tak pernah la buat claim dgn gomen. Ke itu dibolehkan semasa buat prosedur ivf?

      Delete
  3. Hi Yani..

    Bagus Yani encik suami support makan supplement.. tu yg bersemangat telan kan? hehe..

    Gud Luck Yani..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hie Yana... ;)
      Alhamdulillah kebetulan ada antara supplemen kami suami isteri sama, jadi bila tiba time makan ubat, memang Yani tajin ingatkan suami. Kalau dia terlupa bawa, at least ada backup stok supplemen.
      Terima kasih Yana..

      Delete
  4. Wah.. gigihnya Yani makan semua tu.. eyza ni laki bini jenis tak konsisten.. last2 expired jer... hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni namanya sayang duit Eyza...nasib baik ada ubat yang dapat dr hospital besar, kalau semua nak kena beli...banyak juga perbelanjaan kena sediakan. Memang sejak consume supplemen, memang duit mengalir laju je...dah x fikir sgt bab nak pergi bercuti dah..poket makin kering...huhuhu

      Delete
  5. kipidap!

    huuuaahhghhh banyak nye....kita pon jenis x konsisten..mkn ikot dan..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu....awak x pe Reha, awak dah lepas dah...cuma makan supplemen ibu mengandung je lepas ni...ni yang belum.dpt lg ni, macam2 supplemen cuba...badan dah jadi makmal uji kaji je...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)