23 July 2015

Puasa Qadha (Ganti) 2015 : Hari Pertama


23 Julai 2015.

Alhamdulillah, keputusan spontan untuk berpuasa qadha (ganti) yang dibuat malam tadi. Malam tadi juga minta izin hubby untuk berpuasa ganti, mungkin tidak secara marathon, yang penting kena habiskan juga hutang puasa ganti sebelum memulakan puasa sunat bulan Syawal tahun ini. Di opis pun dah ada member yang dah mulakan berpuasa ganti, jadi memang nak saing-saing berpuasa sama lepas tu sambung dengan puasa sunat 6.

Seperti kebiasaan, bersahur dengan air bancuhan teamix dan aloe, shake Herbalife, kurma dan buah-buahan. Sementara bulan Julai ni masih dalam WB1 (7.30 pagi - 4.30 petang), jadi inshaAllah sempat balik kerja dan masak lauk simple untuk berbuka.

Semoga Allah SWT beri kekuatan untuk menjalani aktiviti sepanjang berpuasa qadha memandangkan lepas raya ni dah mula banyak event nak kena handle...amin.


Jawapan bagi kekeliruan puasa qadha dan puasa sunat 6 dari Majalah Asuh 
(Sumber : FB Page Majalah Asuh)

8 comments:

  1. Alhamdulillah, memang betul tu dah bolehlah mula mengganti puasa dah nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, inshaAllah...6+6=12 hari, harap2 selain dapat pahal, badan boleh jadi sihat balik dan berat turun :)

      Delete
  2. Akk pun start hari ni puasa ganti, abg Lan buat puasa sunat. Akk mmg ganti 6 hari gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seeeppp!! Huhuhu....
      Jom together-gether kita puasa puasa 6+6 ni...

      Delete
  3. Syukur... Ni tak tau bila nak start qada puasa + puasa 6 sbb nak period dah. Harap2 sempat tunai semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal Lea...akak ni seboleh-bolehnya nak selesaikan puasa qadha sebelum 30hb ni sebab jangkaan period time tu. Nanti dah kena spend 6 hari pula. Habis period baru sambung buat puasa sunat...

      Delete
  4. i memang kena buat yg sunat dulu... sebab nak ganti 12 hari, takut x sempat dah period. Saja x nak satukan niat... banyak hari sket bleh posa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ST, yang penting buat ikut kemampuan diri. Situasi masing-masing tak sama. Kalau dapat selesaikan perkara yang wajib dan sunat dalam bulan Syawal ni, alhamdulillah semoga dapat manfaat daripadanya.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)