14 July 2015

Menu Iftar Minggu Terakhir Ramadhan 2015

Menu 22 Ramadhan (9 Julai 2015)
- Sambal goreng ayam
- Sayur campur brokoli tumis bawang putih
- Dapat bubur lambuk dari jabatan
- Kurma dan buah pir

Menu 23 Ramadhan (10 Julai 2015)
- Disebabkan mesyuarat habis lewat, ajak suami beriftar di luar; kami ke Kenny Rogers Roasters di AOEN Ayer Keroh.

Menu 24 Ramadhan (11 Julai 2015)
- Masak mee goreng basah (dah lama betul tak masak mee goreng..last masa arwah mak masih ada)
- Buat puding triffle, dapat 5 bekas. Beri sebekas pada adik bongsu.
- Buah-buahan (buah naga, epal hijau dan merah) 
- Adik bongsu datang beri baki kek birthday Aina

Menu 25 Ramadhan (12 Julai 2015)
- Hari Ahad, jadi boleh luangkan masa masak special sikit dari hari biasa. Kali ini masak nasi lemak ayam goreng berempah.
- Gorengkan telur mata kerbau dan ikan bilis.
- Buat sambal kosong.
- Buah-buahan (nangka dan epal merah), serta kurma.



Menu 26 Ramadhan (13 Julai 2015)
- Disebabkan ada masalah dengan simkard Digi aku, so berposak ke Banda Hilir untuk berurusan dengan Digi Centre, tukar kad simkard baru, sekali dengan tukar plan dari enterprise kepada plan personal. Alang-alang dah sampai situ dan dah lewat petang, berbuka terus dengan makanan take away KFC.


Menu 27 Ramadhan (14 Julai 2015)
- Ok, dah mula gantung kuali. Tengahari tu dah siap-siap telefon Restoren Astana Puteh, book iftar untuk dua orang. Ulang makan di tempat yang sama sebab berpuashati dengan pilihan menu di situ dan nak cover balik tak dapat makan kambing golek aritu.

Menu 28 Ramadhan (15 Julai 2015)
- Berbuka dalam kereta je, singgah tepi stesen Petronas Rembau/Senawang. Dah siap-siap bawa bekal buah kurma, buah naga dan ada beli jeli kelapa di Petronas. Nasib ada bawa sekali baki roti putih dan kaya spread. Cukuplah untuk alas perut, sebab sampai di rumah Seremban, mertua masakkan nasi goreng telur.

Menu 29 Ramadhan (16 Julai 2015)
- Kat rumah mertua dah sibuk-sibuk masak rendang, nasi beriani, lontong dan buat kuih, jadi lauk berbuka agak santai dan simple je.
- Ikan goreng berlada, sambal tumbuk ikan bilis, masak lemak perut dan sambal kering sardin.
- Yang paling utama, side dish adalah duriaaaannn....hahaha!

8 comments:

  1. nasib jengok blog Yani malam2..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..nape? Terliur ke? Menu biase2 je tu pun...

      Delete
  2. ok hrni dapat idea msk sb tgk menu yani hahhaahahahhaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu...ade gak manfaatnyer share dan tempek gambar lauk berbuka kat blog kan?

      Delete
  3. Replies
    1. Ye KekDa....time2 nak raya ni la dia buat hal takleh call in call out sbb simcard x detect. Dah la tgh busy calling2 vendor utk handle part ICT Hari Raya Aidilfitri Negeri Melaka...aptb!

      Delete
  4. Selamat hari raya,maaf zahir batin yani..nanti pos menu raya pulak ye..akak memang suke trngok gambar makanan ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya dan maaf zahir batin juga utk Kak Nuriz!! Menu bulannRamadhan pun tak sempat nak completekan...inikan pula menu raya. Belum sempat nak ambik gambar, dah masuk perut dulu...huhuhu~

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)