19 July 2015

Benda Wajib Time Balik Beraya


19 Julai 2015.

Raya kali ni kan giliran beraya di rumah mertua kan. Kami suami isteri gerak balik ke Seremban lewat petang Rabu lepas seharian dok mengemas rumah arwah mak ni dulu. Dah dekat sejam nak masuk waktu berbuka masih atas jalan raya, memang rezeki berbuka atas jalan raya, nasib baik dah siap sedia dengan makanan dan minuman dalam kereta.

Balik kali ini dah prepare awal-awal apa kelengkapan yang perlu ada sepanjang berada di rumah Seremban. Disebabkan kali ini ada keperluan untuk bawa balik bersama kucing yang sedang sakit, kami standby pinjam cage kucing kakak ipar. Kucing kesayangan suami, Atot, luka kat pipi sebab bisul beberapa hari sebelum raya. Lepas hantar vet dan dibekalkan dengan ubat sapu untuk mengeringkan luka tu...nak tak nak memang kena bawak balik sekali ke Seremban. Angkut sekali anak-anak Atot dalam satu carrier.




Aku cakap dengan suami, kalau rasa nak beraya dengan suasana ala Korea, memang tv kat rumah mertua ni 24jam on channel Korea. Aku memang tak boleh la layan Korea-Korea ni, tengok sekejap pun dah rasa nak termuntah..inikan pula nak hadap 24jam non-stop. So, solutionnya...aku minta suami pasang TV USB dongle kat komputer dalam bilik kami. Baru la terasa macam beraya kat Malaysia..huhu. Dapat la jugak layan tengok telemovie raya kat tv3 (gambar lawa!). 


Kipas! Yes..wajib ada ni. Even ada kipas siling, memang kena ada kipas tambahan. Panas wei...tambah-tambah cuaca sekarang panas berbahang siang malam, kesian suami kuyup berpeluh tidur.


Kami suami isteri kan memang wajib minum 2-3 liter air masak setiap hari. Memang masalah bab nak dapat bekalan air masak, ikutkan tahun-tahun lepas memang borong beli air mineral 5 liter 2-3 botol letak siap-siap dalam bilik. Tahun ni dapat idea bawa balik electric kettle hadiah kahwin dulu, memang mudah kerja aku...jerang air siap-siap dalam bilik, penuhkan 2 botol tumbler 2 liter kami suami isteri.


Haa...ini pun benda wajib kena ada especially untuk kita kaum perempuan. Kan nak gosok baju raya dan tudung raya? Bawak balik sekali atas seterika, bentang atas lantai terus mengosok....settle!

Owh...satu lagi, most importantly....power extension! Nyawa tu oii....nyawa! Kami bawa balik 2 set power extension untuk cater keperluan nak charge handphone, nak jerang air, nak pasang kipas lantai dan macam-macam lagi. Pheuuww.....

2 comments:

  1. seterika & power extention tu mmg i pon buat bawak dr umah sendiri yani. tanak berebut ngan ipar duai yg nak iron n guna plug jugak... heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ST, dulu sanggup gosok baju dan tudung siap-siap sebelum balik rumah mertua. Aritu memang dah kelam kabut sgt, so angkut sekali iron bawak masuk kereta. Power extension bukan berebut dengan ipar duai..tapi dengan encik suami sendiri! Hehehe....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)