8 Jun 2015.
Awai sungguh sampai opis hari ni. Pukul 7.00 pagi hahahahaha semata-mata nak kejar thumbprint dan berkejar ke KK Ayer Keroh untuk ambil nombor giliran awal. Sampai KK, grill pintu utama KK pun tak bukak lagi tapi dah ada beberapa orang warga emas setia menunggu. Once dah bukak je pintu grill dan kaunter KK dah dibuka, terus letak kad temujanji. Dapat bilik 7, straight pergi ambil sampel darah.
Sedap kena cucuk pagi ni, sampai dua tempat kena cucuk! Alasan nurse memang best....awat urat awak halus sangat? Tak jumpa....cessss! Cucuk kat pelipat lengan kanan (ikutkan lengan kanan la yang paling senang ambil darah, kat GH Melaka pun guna lengan kanan ni) tapi darah tak keluar. Eh? Terlatih ke tidak nurse ni? Pastu dia kata nak cuba ambil kat belakang tapak tangan kiri (sebab aku menulis tangan kanan) pulak.
Tempat yang aku paling seriau la tempat yang ko nak cucuk, kan? Haishh....takpe la. Kita pandang tempat lain sambil psycho diri sendiri "Tak sakit, sedappp....tak sakit, sedaaappp". Nasib baik sekali cucuk terus dapat darah untuk 2 tabung. Settle. Awal bulan puasa nanti baru datang balik jumpa doktor KK.
Opss...ni bukan susulan rawatan klinik O&G ye. Ni followup klinik satu lagi. Temujanji klinik O&G aku lambat lagi, bulan September ni. Berkemungkinan followup di Klinik O&G di GH Melaka bakal bernoktah (atau ber'koma') sebaik sahaja lepas jumpa doktor pakar September nanti. Mungkin aku nak berehat kejap dari rawatan di hospital kerajaan untuk setahun dua. Nak rehatkan diri dari men'stress'kan diri dengan isu anak.
The word "Mungkin" tu bergantung kepada gerak hati aku. Ia sangat subjektif. Mana tahu Allah SWT nak gerakkan hati aku untuk option lain selain daripada zuriat dari rahim sendiri. Who knows....right?
time to de-stress yani :-)
ReplyDeleteI pon tgh koma ni...buat benda lain pulop...
Agaknya yani ni dah sampai tahap imun kot, dah mcm pasrah dan redha je dgn usaha TTC ni....dlm masa yg sama nk buat something yg takde kaitan dengan anak.
Delete