08 June 2015

Resepi Lontong


8 Jun 2015.

Bahan-bahan:

Bahan Kisar/Blend :
1 - 1 1/2 ulas bawang besar
1-2 ulas bawang putih
1-2 batang serai
1 inci lengkuas - aku x de
100gm udang kering - lagi banyak lagi sedap rasa lontong

4-5 batang kacang panjang
1 batang lobak merah
4-5 batang putik jagung - dipotong serong
1 keping tempe
1 keping tauhu putih
1 bungkus soohoon
1 keping tauhu kering/fucuk
1 batang cili merah - dihiris serong
*Boleh tambah sayur lain ikut selera korunk
1 biji kentang - dipotong dadu
1 kotak / 200ml santan
1-2 helai daun kunyit
Sedikit air
Garam
Gula
Perasa

Cara Memasak :
1. Potong sayur kecil-kecil. Basuh dan toskan.
2. Tempe potong kecil, kalau nak sedap goreng dulu lepas gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan lepas mengoreng.
3. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau.
4. Kemudian tuangkan santan dan air sebagai kuah.
5. Masukkan sayur yang jenis keras terlebih dahulu. Kemudian dah sekat memdidih, baru masukkan sayur yang jenis lembut.
6. Masukkan soohoon, fucuk, tauhu putih dan tempe goreng. Masukkan juga daun kunyit untuk beri bau wangi.
7. Perisakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
8. Siap untuk dihidang.

4 comments:

  1. Replies
    1. Praktis, praktis...asah balik skil sebelum bulan Ramadhan ni. ;)

      Delete
  2. Pagi ni teringin nak makan lontong, pegi kedai yg salu makan tapi tutup.. buka blog tengok pulak entry sis ni..huuuu terliurnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu...mintak mahap ler terbuat org lain terliur tengok gambar...sila jangan jilat monitor/skrin ye? Kih kih kih.....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)