11 June 2015

Forum Perdana Menjelang Sinar Ramadhan

11 Jun 2015.

Apa-apa pun sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasih pada suami sebab dia yang maklumkan pada isterinya ni DUKE ada buat ceramah forum perdana di Melaka kelmarin. Dia tahu isterinya ni memang suka dengar ceramah DUKE. Dipendekkan cerita, semalam lepas kerja terus mandi dan bersiap siap-siap di pejabat sebelum ke Dataran MBMB untuk mendengar ceramah.


InshaAllah, aku akan kongsikan ilmu-ilmu yang sempat aku tulis di sini untuk rujukan kita semua agar dapat dimanfaatkan di sepanjang bulan Ramadhan. Ceramah ini disampaikan oleh DUKE dan juga abangnya iaitu Ustaz Datuk Mohd Najmuddin Elias Al-Hafiz.


1) Allah SWT menyebut di dalam Al-Quran bahawa; ..Orang beriman diwajibkan ke pada kamu berpuasa. Kenapa Allah SWT sebut orang beriman, dan bukan orang Islam? Kerana ada orang, dia Islam tapi dia tidak berpuasa.

2) Ayat dalam Al-Quran ".... Orang berpuasa, moga-moga kamu bertakwa kepada Allah SWT..." Kenapa ditekankan perkataan moga-moga? Ini kerana ada orang dia mungkin berpuasa dari makan dan minum, tetapi dia tidak bertakwa, jadi amalannya menjadi sia-sia.

3) Terdapat 3 situasi mengambarkan seseorang yang beriman menghadapi bulan Ramadhan iaitu sebelum bertemu bulan mulia ini : -
a) Dia tidak sabar menunggu bulan Ramadhan tiba.
b) Malam pertama Ramadhan disambut seumpama malam pertama pengantin baru, di mana dia tak nak tidur kerana ingin bercakap dengan Allah SWT (berzikir, berdoa dan membaca Al-Quran).
c) Dia menyambut sebulan Ramadhan seumpama sebulan berbulan madu.

4) Tanda-tanda orang bertakwa:
a) Ia berbelanja hartanya ke jalan Allah SWT.
b) Ia mengakui kesilapannya dan meminta maaf pada semua orang,
c) Dia memaafkan orang lain

5) Amalan Surah Al-A'raf Ayat 13 (Allah berfirman : "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina", untuk membendung diri dari dirasuk hantu, syaitan dan iblis.

6) Terdapat 4 ujian yang akan datang kepada / dihadapi oleh umat manusia:-
a) Ujian yang datang dari dunia
- bergantung kepada cara kita melihat dunia dari perspektif apa? Kalau kita mendekati dunia dengan perkara-perkara yang lalai, tidak berfaedah dan tidak memberi manfaat..kita akan rasa dunia jahat. Begitu juga jika kita melakukan perkara yang berfaedah dan bermanfaat, kita akan rasa dunia ini baik.
b) Ujian yang datang dari iblis /syaitan
- Iblis/syaitan tidak akan berhenti menggoda umat manusia sampai kita mati
c) Ujian yang datang dari sesama manusia
- Cari orang/ kawan yang baik-baik, yang boleh membimbing kita ke jalan yang baik/ jalan Allah
d) Ujian yang datang dari nafsu
- Nafsu yang merujuk kepada nafsu dalam diri kita sendiri. Ibadah kita tidak akan diterima jika kita memutuskan tali silaturahim.

7) Sifat orang bertakwa ada 2 iaitu; sifat bersyukur dan sifat bersabar.

8) Macam mana kita nak jadikan bulan Ramadhan ini bulan berkasih sayang?
a) Anggap Ramadhan ini Ramadhan kita yang terakhir.
b) Bulan Ramadhan ini dijadikan bulan kitab/ bulan ilmu/ bulan pengajian. Jangan lupa kita hentikan kuliah tazkirah di bulan Ramadhan, sepatutnya diperbanyakkan.
c) Amalan bertadarus bersama ahli keluarga (itu yang lebih afhdal/ penting, jika nak dibandingkan sesi bertadarus di pejabat), sambil-sambil tu kita boleh memperbetulkan bacaan masing-masing.
d) Jangan marah-marah dalam bulan Ramadhan, kerana kasih sayang akan hilang dari diri kita. Jika masih marah-marah semasa berpuasa, mungkin ada yang tidak betul dengan ibadat kita.

9) Makan sedikit (makan kurma dan air sahaja) semasa berbuka puasa, otak dan perut tidak berkerja keras. Jika kita makan banyak, ibaratnya otak turun ke perut, otak tak boleh beri tumpuan/ fokus kepada amalan ibadah kita, otak jadi lembab dan jadi pemalas. Jangan berbuka dengan makanan pedas-pedas (cabai/ kari) waktu berbuka, kurangkan minum teh dan kopi (mejadikan badan kita hilang air/ dehidrasi). Berbuka dengan benda yang manis (kurma/ tembikai). 

10) DUKE (Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz) berpesan agar kita sentiasa mengamalkan membaca Surah Quraisy selepas sahur, selepas solat Subuh, Zuhur dan Asar (sepanjang bulan Ramadhan). Walaupun berpuasa, inshaAllah kita tak rasa lapar, letih dan tidak bermaya...Allah SWT berikan kita kekuatan.

10) Amalkan membaca 3 kali surah Al-Hijr Ayat 47 - "Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing", amalkan selepas solat Subuh, inshaAllah anak tak akan derhaka pada ibu bapa.

11) Natijah dari bulan Ramadhan, kalau lepas Ramadhan ada 4 sifat ini dalam diri kita, inshaAllah itu tanda amalan puasa kita diterima Allah SWT:-
a) Iman kita semakin mantap dengan Allah SWT, kasih sayang daripada Allah. 
b) Hati kita menjadi semakin tenang.
c) Kita menjadi seorang yang pemurah, senang bersedekah.
d) Kita akan dijauhkan bala bencana oleh Allah SWT.

Belanja gambar kami berdua ye!

Nasib baik suami tak keluarkan lagi tikar yang selalu standby bawa ke kubur arwah mak dari bonet kereta dia, jadi kami bentang duduk bersila di Dataran MBMB tu...alhamdulillah ramai yang tumpang duduk...



Ada beli 2 botol Air Penawar Irham keluaran Al-Baraqah untuk kami berdua.

4 comments:

  1. terima kasih di atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama...... :) Jom amalkan doa-doa yang DUKE dan abangnya kongsikan....

      Delete
  2. Jelas lagi bersuluh,dah mcm sama2 g ceramah ngan Yani..hehe.,tq dik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome Kak Nuriz ;)
      Sekadar berkongsi ilmu yang dapat, nanti jangan lupa bacakan doa dalam poin 10 tu ok, untuk baby....

      Amalkan membaca 3 kali surah Al-Hijr Ayat 47 - "Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing", amalkan selepas solat Subuh, inshaAllah anak tak akan derhaka pada ibu bapa.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)