11 May 2015

Ucapan Selamat Hari Ibu Dari Suami


11 Mei 2015.

Sambutan Hari Ibu tahun ini ada kelainannya bagi aku. Idea spontan Jumaat lepas, tempah kek sempena Hari Ibu untuk meraikan ibu mertua dan adik beradik aku yang sudah bergelar ibu.

Kebetulan ada kakak jabatan lain yang ada buat bisnes kek dengan pakej istimewa (kek + bunga + tasbih wangi), alhamdulillah sempat buat tempahan 3 hari sebelum Hari Ibu.

Hari Ahad banyak rancangan tv yang bertemakan sambutan Hari Ibu, banyak kali juga tumpah airmata bila dengar masing-masing wish Hari Ibu. Terusik benar hati sensitif ini. Tak mengapalah, aku pujuk hati sendiri, instead of bermuram durja mengenang diri masih belum berpeluang bergelar ibu, lebih baik aku meraikan dengan orang terdekat; ibu mertua dan adik beradik. Kegembiraan mereka, ketenangan bagi diri ini.


Paling tersentuh bila suami ucapkan Selamat Hari Ibu pada aku. Saje aku balas dengan bertanya, kenapa wish? Kan masih belum jadi ibu? Suami jawap..."Ida kan ibu kepada bakal anak-anak kita...." Allahuakhbar....kenapa sweet sangat ni?

2 comments:

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)