01 April 2015

TTC : Tarikh Temujanji Ditunda...Jauh Pulak Tu!

1 April 2015.

Entri pertama bagi bulan April 2015 ini.
Entri yang penuh dengan perasaan bercampur baur, tak tahu nak luahkan macam mana.
Nak menangis pun ada, nak meraung pun ada.
Cerita ini bermula semalam.
Tapi aku yakin, kalau aku tulis entri ini semalam, 99% entri aku akan berada dalam mode kekecewaan, sedih dan meroyan.
Alhamdulillah, bila umur dah nak menginjak 32 tahun beberapa bulan lagi, perasaan meluap-luap nak meluahkan, tak kiralah dalam media sosial ke, blog ini ke....aku boleh pendam dulu, tarik nafas dalam-dalam, pujuk hati sendiri, fikir apa hikmah disebalik semua dugaan ini....dan most importantly, mengadu nasib dengan Allah SWT dulu.

Sekarang perasaan dah kembali tenang, so dah boleh cerita kisah semalam.

Semalam dalam pukul 3.11 petang (31 Mac 2015), aku terima call dari nurse Klinik O&G, GH Melaka.

Nurse : Hie Puan Ida, saya buat panggilan dari Klinik O&G, Hospital Melaka. Puan Ida ada appointment dengan doc pada 7hb April ni kan?

Aku : Ye, saya.

Nurse : Ok, saya nak maklumkan pada puan, doc sudah tunda tarikh appointment puan kepada 22hb Sept ye puan.

Aku : *terkesima* Hurm, kenapa ye ditunda?

Nurse : Oh, doc dah semak fail puan. Ikutkan puan dah buat semua prosedur (pap smear, laporoscopy, SFA test etc, semua ok...jadi doc delaykan kes puan ke bulan Sept.

Aku : Hurm, saya ingatkan nak jumpa doc Selasa ni dah propose buat IUI.

Nurse : Macam ni la puan, puan boleh ke KK berdekatan dan minta mereka buatkan referral letter  kepada klinik O&G sini untuk percepatkan temujanji puan awal dari bulan Sept.

Aku : Boleh saya tahu tak kenapa delay lama sangat?

Nurse : Begini puan, GH Melaka sekarang sedang kekurangan doktor pakar. Ramai yang dah keluar ke hospital swasta. Lagipun kebanyakkan doktor sedang exam sekarang ini. Jadi hospital terpaksa reschedule jadual patient. Mana kes yang kritikal didahulukan. 

*Dalam hati aku dah bercakap....kes aku tak kritikal ke?*

Aku : Dr. Kuharaj ada lagi di situ tak?

Nurse : Dr. Kuharaj? Eh dia dah lama pindah. Kalau tak silap saya dia ke Hospital Selayang atau Ampang.

Aku : *Nangis laju-laju dalam hati* Ada chances tak tarikh appointment saya diawalkan dari bulan Sept tu? Saya rasa lambat sangat la nak kena tunggu.

Nurse : Saya tak pasti, tapi kalau klinik tengok jadual doktor dah ok, mungkin klinik akan call semula untuk maklumkan incase ada perubahan tarikh temujanji.

Aku : Ok.

Lepas letak telefon tu, aku mengaku aku agak beremosi. Aku whatsapp dengan adik bongsu mengadu pasal tarikh appointment kena tunda.



 Tak pasal-pasal kena tazkirah dengan adik bongsu sendiri....huhuhu


Balik dari kerja, lepas solat aku banyak bermonolog dengan diri sendiri. Yang pasti, ada hikmah yang hadir sama dengan dugaan ni. Mungkin ruang waktu ini Allah SWT nak beri kesempatan pada aku untuk sihatkan badan aku dahulu, cari rawatan alternatif selain perubatan moden dan tenangkan fikiran dari terlalu memikirkan tentang zuriat.

Mungkin juga doa aku selama ini didengari-Nya....jika aku diduga, aku mohon agar semua perasaan sedih dan kecewa cepat-cepat lenyap dari hati, semoga Allah SWT beri kekuatan pada aku untuk bangkit dan terus mendapat ilham yang lain. Menangis meratap pun kalau boleh sekejap je...tak nak buang masa membazir airmata.

Awal pagi tadi pun aku ada mencuba nasib telefon semula pihak klinik untuk double confirm kes tarikh appointment aku di tunda, memang sah ia ditunda ke bulan Sept. Cara penerangan bahagian temujanji klinik O&G pun jelas dan dilayan baik. Staf nurse maklumkan kebanyakan doktor akan menduduki peperiksaan bulan 4 dan 5 ini, pada bulan 6 dan 7 klinik tak ambil kes sebab masa tu bulan puasa dan raya. Bulan 8 ke hadapan baru klinik sambung buka fail patient O&G.

Jadi, mulai bulan ini sehingga bulan Sept tiada lagi sebarang usaha TTC aku dengan klinik O&G GH Melaka. Kepada kawan-kawan TTC yang sedang dalam rawatan, aku ucapkan semoga berjaya dan diberikan peluang merasai pengalaman hamil dan bergelar ibu. Entri-entri aku selepas ini mungkin dah tak sentuh sangat isu TTC, makin merapu setakat update perkembangan tak relevan dengan usaha TTC...jadi aku tak kecil hati kalau ramai yang tak singgah jenguk blog ni. ;)
 

12 comments:

  1. lama kan.
    in shaa Allah think positive k
    pasti ada sebab musababnya..
    mana tau smntra nk sampai tarikh tu tup tup dah ada rezeki.. aamiin

    dear, serius saya pon x ingt..huhu.kalu tak blh jemput pergi kenduri kat taman peruna..

    kebetulan lps saya bc blog awak pasai pisang 40 hari tu.saya pi sana.pastu p pasar mlm cri pisang utk anak.skli pakcik tu bgtau.pisang 40hari.dpt la tgk.tp sayang tak teringat langsungnk ambil gambar..

    in shaa Allah kalai xda apa.hujung tahun ni ada kenduri lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin CikSue...semoga ade rezeki disebalik dugaan ni.
      Taman Peruna tu dekat bebenau dengan taman Yani...huhu...
      InshaAllah kalau turun Melaka nanti...roger2 lah....leh jumpa dengan Rania...

      Delete
  2. dear,
    kalau nak boleh try rawatan islam tempat saya buat tu.tempatnya di sentul. nanti tinggalkan alamat email di kotak komen saya ye.sy emailkan alamatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah....terima kasih ye CikSue....nanti Yani tinggalkan emel add di blog CikSue...

      Delete
  3. positif...positif x pe..insyaallah dipermudahkan :) ala x cite pasal TTC pon kita tetap singgah bace tau :)
    hihihihihihi nampak sangat suke skodeng kan kikkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, memang nak sentiasa dalam keadaan positif....bersangka baik dengan aturan hidup yang Allah dah tetapkan ni...
      Hihi...skodeng je, takpe.....takde apa sgt sampai nak sorok-sorok dengan orang yang dtg jenguk blog Yani ni....

      Delete
  4. hi yani.. sabar k, insha allah ade rezeki kita.. tapi stress weh kalau kena start dari awal. dgr cite hospital HKL pun byk Dr yang pegi swasta & sambung study nampaknya nasib kita macam sama.. hmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hie Zue...inshaAllah, Yani pun doakan perkara yang sama untuk kita TTCians ni. Allah SWT kalau dah kata kun fayakun...tanpa perlu lalui IUI, IVF pun inshaAllah boleh hamil....

      Sayang pula bila Hospital Melaka ni let go doktor-doktor pakar dan masuk ke swasta....kebanyakan mereka memang bagus2...

      Delete
  5. yani, i understand the feeling. i pon nampaknya stop dulu buat masa sekarang. hubby nk try cara lain. sedih gak... but we never know kan...mana tau berkat kita redha dgn apa yg terjadi tup tup naturally preggy....heheheh...amin... take care dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh...ye ke ST? Bukan aritu kata tgh standby nak buat laps ke? Tunda juga ke?
      InshaAllah...mmg besar harapan boleh preggy secara natural...amin, amin ya rabbalamin...

      Delete
  6. Byk2 kan bersabor. Sy pun dlm proses nk try utk hamil... Skrg giat trunkan berat badan utk capai angka 60kg. Moga Allah permudahkan urusan kita.. Aamiin... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, perasaan dah kembali tenang, dah tak fikirkan sangat pressure nak jumpa doktor. Buat masa ini fokus pada nak tenangkan hati dan enjoy hidup dengan suami dan keluarga. Assnaim nak turunkan berat dari berapa kg?

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)