15 April 2015

Resepi Kuih Cara Manis


15 April 2015.

Oppss....bukan setakat nasi lemak je hari ini ye? Hahahaha....baki daun pandan banyak lagi ni!! Google resepi kuih cara manis pula. Jumpa resepi kuih cara dari blog ini : Intai-Intai Dapur FHA. First time juga guna bekas acuan yang beli haritu di Kampung Jawa.

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan pati air pandan ( kerat 3/4 helai daun pandan dan blend dengan air 1 1/2 cawan )
1 biji telur
3 sudu minyak masak
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit pewarna hijau
Sedikit minyak dan daun pandan yang diikat untuk lenser minyak pada bekas acuan

Cara Memasak :
1. Satukan tepung, santan, air daun pandan, garam, minyak dan telur dalam blender, kemudian blend rata semua bahan.
2. Tuangkan adunan dalam acuan yang telah dilenser dengan sedikit minyak dengan sukatan 3/4 hampir penuh.
3. Biarkan seketika lebih kirang 30 saat supaya tepung di bahagian bawah masak sedikit, barulah dimasukkan sedikit gula (1/3 sudu teh).
(Nota: Jika bahagian bawah kuih masih cair, gula yang dimasukkan akan menembusi kuih dan air gula akan keluar dan mengakibatkan kuih melekat pada acuan.
4. Tutup dengan tudung periuk.
5. Pastikan kuih masak dengan sempurna (tiada cairan tepung) barulah di angkat dan pasangkan.

P/s : Satu adunan boleh dapat 48 keping atau 24 pasang kuih cara manis...puas nak menghabiskan! Huhuhu...

2 comments:

  1. yani, rajinnye masak2 :-) ada lebih meh hantar kat i... eheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlebih rajin bila bahan semua lengkap...sayang daun pandan tu layu je sebab guna sikit. InshaAllah dah terror buat nanti, ST singgah Melaka, Yani jamu... ;)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)