15 April 2015

Resepi Nasi Lemak Cara Tumis Darat


15 April 2015.

Daun pandan yang beli kelmarin masih berbaki, jadi tak nak membazir pagi ni buat nasi lemak. Pertama kali buat aritu tak berapa menjadi, lembik. Sakit jiwa dibuatnya. Jadi, cari resepi nasi lemak yang lain pula.

Jumpa resepi nasi lemak mami tanjung ni dalam blog masakan Kak AzlitaMasamManis di mana resepi nasi lemak ni berbeza dari nasi lemak biasa yang ditanak terus. Resepi ni dimasak secara tumis darat sebelum disambung tanak dalam periuk nasi.

Bahan-bahan :
1 cawan beras
1 cawan air
1/2 cawan santan pekat
Garam
Gula
1/2 biji bawang besar - dimayang
1 inci halia - dititik
1 batang serai - dititik
2 helai daun pandan -disimpul
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit mentega

Cara Memasak :
1. Panaskan mentega, tumiskan bawang besar, halia, kayu manis, bunga lawang, serai dan daun pandan.
2. Bila bawang dah kekuningan, masukkan air dan santan. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga mendidih.
3. Bila dah mendidih, tuangkan ke dalam periuk nasi berisi beras yang telah dibilas dan ditoskan. Tanak nasi lemak macam biasa.
4. Lepas dah masak, gemburkan nasi dan tutup balik untuk masak sempurna.

Alhamdulillah nasi lemak kali ini menjadi, baik dari segi teksturnya mahupun rasa. Nasi sebutir-sebutir dan tak lembik macam yang aku pernah buat dulu.

4 comments:

  1. Replies
    1. Yani baru nak belajar masak nasi lemak...guna konsep try and error je ni....

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah ST... Kali ni buat menjadi...berdebar juga tadi masa tanak nasi kalau tak jadi,membazir beras secawan...dah la makan berdua je.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)