28 April 2015

Big Bad Wolf Melaka 2015

28April 2015.

Last pergi BBW aritu adalah masa 9 Disember 2014. Kali ini dibuat di MITC Melaka, Ayer Keroh pula. Pergi sekadar cuci mata dengan suami, lagipun minat dah semakin dingin sejak tengok seksyen buku Wellness/Health dah makin kecil dan tak ada buku baru. Asyik ulang buku yang sama je. Lagipun buku-buku yang beli kat BBW selama ini pun banyak tak abis baca lagi, ada yang baru baca beberapa muka surat je. 


Benda wajib beli setiap kali ke BBW; baju t-shirt BBW! Tahun lepas dah sambar baju dengan design seperti gambar sebelah kiri tu, tahun ni beli yang design belah kanan pula sepasang untuk suami isteri.


Belikan Aina puzzle, anak dara ni sejak dua menjak ni suka main puzzle.Gigih CikYein dia kembur dan selongkar bahagian puzzle untuk cari puzzle princess untuk anak dara tu.


Kali ini berjaya hadkan beli buku sebanyak 3 buah je. Buku kat bahagian Wellness/Health cuma tertarik beli yang tajuk What To Expect : Before You're Expecting sebab banyak beri tips berkaitan PCOS, infertility dan rawatan-rawatan yang boleh dipertimbangkan sebelum berjaya hamil. 



Entah macam mana boleh nak beli buku masakan kali ini kat BBW, dah la buku masakan budak-budak. Tapi seriously resepi yang ada dalam buku ni aku nak cuba buat. Macam best je.


Selama ini download ebook majalah ni kat internet je, baru pertama kali jumpa hardcopy majalah ni dijual di BBW. Double check koleksi ebook aku, sah yang edisi ni tak pernah ada dalam koleksi, sebab tu aku beli. Sekali sekala nak juga merasa baca versi hardcopy macam ni.

2 comments:

  1. buku what to expect tu akk beli lama dah.. harga cam kat buku tu lah. Kat BBW dpt $10 hinggit eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, harga RM10 satu buku. Ada yg lain untuk yang yg tgh concieve...tapi tu nanti2lah beli...fokus pada yang tengah cuba nak preggy ni dulu....bagus juga isi buku ni KekDa...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)