01 March 2015

MM2015 : Kemas Luar Rumah & Stok Air Simpanan


1 Mac 2015.

Permulaan bulan Mac dimulakan dengan aktiviti berkebun dengan suami di luar rumah arwah mak. Membetulkan apa yang nampak tak elok di mata; pacak kayu pancang untuk tegakkan pokok yang baru nak naik, buang semak dan kemaskan dahan pokok yang naik merimbun.


Belakang rumah pun boleh tahan naik semaknya. Berpeluh-peluh juga membersihkan semak samun. Alhamdulillah, banyak juga pokok yang dah mula tumbuh tunas hijau lepas lebih dua minggu tak jemu dok siram setiap petang. Ada pokok bunga kertas yang dah bercambah tunas baru.


Hasil dok hampir 2 jam kat luar rumah mengemas dengan suami. Adeh..patah pinggang rasanya. Dapat 4 bungkus besar penuh plastik hitam. Sampah-sarap macam ni memang lori sampah tak ambil, kena pergi buang sendiri kat tong sampah besar tepi jalan utama.


Eh...korunk dah mula menyimpan stok air simpanan kat rumah sekarang ni tak? Dah masuk musim panas ni, kemungkinan besar kemarau akan melanda beberapa negeri. Aku minta suami isikan botol-botol plastik 5 liter dengan air paip dan susun di tepi dapur. Setakat nak cuci baju, basuh pinggan mangkuk dan memasak kat rumah berdua inshaAllah tak ada masalah. Besen dan baldi besar kat rumah pun dah sedia terisi dengan air paip.

2 comments:

  1. owh...x ready lagi la... tapi so far, umah i tahan lagi kalo x de air sehari dua. last year x de catuan pun kt kawasan umah i... tapi memang kena ready kan... bukan tau tetiba tahun ni jadi pulop...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ST...memang ikut kebiasan kat Melaka pun jarang jadi isu takde air berpanjangan tapi as the precaution, better simpan stok air. Jenuh nanti nak kumpul air sekaligus, kena pula time tu semua pakat buka pili air...jd slow water flow nanti...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)