05 March 2015

Ayam Masak Kurma



5 Mac 2015.


Belajar masak lauk kurma ni seingat aku masa bulan Ramadhan 2014. Resepi aku belajar dari sini. Walaupun Kak Noor ajar resepi Kurma Telur Ubi Kentang, boleh je gantikan bahan utama dengan ayam dan daging.

Semalam petang, suami beria-ria suruh masak lauk kurma ayam ni. Siap volunteer diri sendiri nak ambilkan daun kari kat luar rumah lepas selesai siram pokok. Sebut lauk lain, tak nak...dia nak lauk kurma ayam juga. Baiklah suamiku....menurut perintah!

Bahan-bahannya:
Bahan-bahan A
2 keping bahagian dada ayam direbus
3/4 kotak santan 
1 biji tomato biji dipotong kiub
3 biji kentang dibelah dua atau empat (ikut saiz ubi kentang)
2 – 3 biji cili hijau (aku tak letak sebab tak de dalam fridge)
1 biji tomato biji (dibelah empat untuk hiasan)
1 biji bawang besar dibelah empat
2 asam keping
Garam/gula/serbuk perasa

Bahan-bahan B (untuk menumis):
Minyak untuk menumis
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris
3 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 tangkai daun kari

Bahan-bahan C (dikisar untuk pes rempah):
3 - 4 sudu besar rempah kurma
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-cara memasak:
1. Rebus isi ayam.
2. Panaskan periuk dan masukan minyak. Bila minyak mulai panas masukkan bahan-bahan B. Masak sehingga keluarkan bau harum dan bawang mulai tukar kuning keemasan. Jangan hanguskan.
3. Selepas itu masukkan bahan-bahan C dan kacau. Tutup masakan dengan tudung periuk dan masak sehingga terbit minyak.
4. Kemudian masukkan buah tomato yang telah dipotong kiub tadi dan masak sehingga ia sebati dengan rempah.
5. Selepas itu masukkan ayam rebus dan kacau gaul rata dengan rempah diikuti dengan santan pekat. Sekiranya kuah agak pekat, dan ingin kuah yang lebih, boleh tambah air. Perasakan dengan garam, gula, asam keping dan serbuk perasa (opsyen).
4. Seterusnya masukkan ubi kentang dan lobak merah. Masak sehingga empuk
5. Selepas masak, rasa kemasinan dan tambah garam jika perlu. Akhir sekali masukkan potongan buah tomato, potongan bawang besar, dan cili hijau. Kacau rata dan masak seketika lebih kurang 2 minit.
6. Tutup api dan tutup masakan dengan tudung periuk. 

P/s: Tak sempat tunggu makan tengahari hari ni, lepas masak tu suami pergi ceduk sendiri lauk kurma ayam ni dan cecah dengan roti. Alahai....takpe la, suka tengok suami berselera makan masakan air tangan isteri. Hilang rasa lelah berkuntau kat dapur bila tengok suami pergi ceduk lauk kali kedua....huhuhu!
 

10 comments:

  1. Replies
    1. sekali sekala tukar selera sedap jugak.... :)

      Delete
  2. makan dgn lontong! adoii sedapnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, makan dengan lontong? Selama ni tak pernah dengar plak pasal makan lauk kurma dengan lontong....bleh try nanti ni!

      Delete
  3. lahai kak.....sedap yang amat....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh le daripada takde. Hihi....dulu ingat macam susah je nak masak lauk ni, tapi bila dah masak selalu...not bad la.

      Delete
  4. akak....ade was up x....klau akak x kish...Bolh konsi kesedihn..,,saya pon org melaka...serkm pantai...tpi dok jb ikt somi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah boleh...minta SZ emelkan pada akak no. hp SZ di emel akak ni.... anida_yin[at]yahoo.com

      Apa-apa boleh bercerita panjang di WA...

      Delete
  5. dalam bebanyak lauk ayam.. lauk ni akak kurang suka..dan tak pernah masak. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naper tu tak suka? Yani ok je tak de la suka sangat dan tak de la tak suke sangat....belajar masak pun sebab nak variasikan skil masak lauk. Kang asyik-asyik asam pedas kang muak juga tekak laki bini...huhu

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)