18 March 2015

Konvensyen Creanova LEAN 2015

18 Mac 2015.

Semalam ke SACC Shah Alam menghadiri konvensyen Creanova LEAN 2015 di SACC Shah Alam sebagai pemerhati. Tahun ni pertama kali wakil SUK dipilih untuk bertanding di peringkat kebangsaan. Team dari SUK ada yang terpilih, tapi bukan team aku. Hehehe.....Alhamdulillah banyak pendedahan cara pembentangan dan idea/konsep pengurusan LEAN yang diperolehi dari program ini.


Kalau tahun lepas (2014), sebanyak 13 kumpulan projek yang terpilih untuk membuat pembentangan, tahun ini ada peningkatan iaitu sebanyak 18 kumpulan projek baru yang terpilih. Kebanyakan projek yang terpilih adalah dari sektor swasta (syarikat dan kilang), sektor kesihatan, PBT dan badan berkanun. Seronok juga dapat lihat pembentangan dari sektor lain, luar dari ruang lingkup pekerjaan sekarang ini. Walaupun ada technical terms yang kurang faham, tapi nevermind at least belajar benda baru.

Masa penyampaian ucapan dan ulasan Ketua Pengarah MPC, sempat juga mencatit apa senarai kriteria yang dicari oleh pihak penilai untuk sesebuah projek LEAN yang dibentangkan. Nanti kalau ada rezeki bawa projek LEAN tahun-tahun akan datang ke peringkat kebangsaan macam ni, kita dah boleh tekankan poin-poin utama yang dapat menyumbang markah penilaian.

Sepanjang program, ada diselitkan kuiz-kuiz berkisar tentang LEAN, perlu dijawap melalui whatsapp. Hehe...alhamdulillah, sangkut juga nama untuk kuiz no. 3 dan 4; dapat la sehelai t-shirt LEAN yang aku dok aim dari awal program masa dipamerkan di ruang legar SACC Shah Alam tu.

Ada terjumpa dengan seorang blogger yang juga merupakan staf MPC di program tu, cuma tak berkesempatan berbual. Huhuhu....

4 comments:

  1. Replies
    1. yup, menarik sebab banyak exposure yang dapat dari bidang lain...

      Delete
  2. wah...ri tu ada pi course lean yg intro. memang good concept, mengurangkan waste in everything. tapi nak implement tu susah sket...sebab org kita ni dah terbiasa dgn cara lama kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually LEAN ni bagus untuk settlekan banyak isu dalam current management organisasi kita. Macam projek LEAN kumpulan Yani, banyak benda yang kita nampak dah terang-terang salah dan perlukan improvement tapi asyiklah bertangguh nak settlekan...haaa...this time around la dapat settlekan. Ubah agreement, ubah balik carta organisasi dan kemaskini sistem sedia ada...semua settle dalam LEAN ni. Kalau tak, sampai bila-bila isu tu duk macam tu je tak de siapa nak ubah.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)