02 March 2015

Gulai Pucuk Ubi Dengan Ikan Masin Kurau


2 Mac 2015.

Semalam masa mengemas kat luar dapur, aku tebas-tebas dahan pokok ubi kayu yang dah naik merimbun. Rimbun sangat sampai tak nampak tanah, risau pulak kalau ada benda bawah tu. Plan asal, nak petik pucuk ubi buat celur untuk makan dengan sambal belacan. Tetiba teringat ikan masin kurau, terus kecur air liur. 


Pergi kedai beli barang basah nak masak tengahari, sekali harung cari ikan masin kurau ni. Lama aih tak makan ikan masin kurau, dulu arwah mak pernah masak gulai pucuk ubi dengan ikan masin kurau. Memang sedap! Rindunyer masakan arwah mak.

Oleh kerana lauk gulai ni nak masak buat bekal tengahari ni...malam tadi baru berkuntau kat dapur. Sempat google resepi gulai ni dan jumpa satu resepi yang ringkas dan mudah. Sumber resepi dikongsi di blog ini. Aku adjust resepi ikut kesesuaian dan apa yang ada kat dalam fridge.

Bahan-bahan:
5-6 kerat ikan masin kurau (dibasuh dan direbus hingga masak dan lembut sedikit)
1 cekak pucuk ubi (aku saje letak banyak sebab aku memang hantu pucuk ubi..hehe!)
*1 -1 1/2 biji bawang besar
*1 ulas bawang putih
*10-12 biji cili api (kalau nak pedas boleh lebihkan lagi)
*1 genggam ikan bilis (dibersihkan dan dibasuh)
1 kotak santan
1 - 2 batang serai yang dititik
1/2 keping asam keping
1 - 1 1/2 sudu serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Secukup rasa

Cara-cara:
1. Didihkan air panas dan celur pucuk ubi sehingga layu dan masak. Toskan pucuk ubi tadi dan bilas dengan air paip biasa. Kemudian perah pucuk ubi untuk pastikan tiada lagi air yang "terperangkap". Kirai@leraikan didalam periuk.

2. Sebelum tu, tumbuk semua bahan yang bertanda '*' hingga lumat.

3. Masukkan ikan masin kurau yang telah direbus tadi (air rebusan jangan dimasukkan ye), serbuk kunyit, serai yang telah dititik dan bahan yang telah di tumbuk kedalam periuk yang berisi pucuk ubi.

4. Masukkan santan dan masak di atas dapur dengan api yang sederhana. Bila dah mendidih, perasakan garam, asam keping dan secukup rasa. Kacau hingga mendidih dan matikan api.
 

4 comments:

  1. Replies
    1. Ni tgh tunggu waktu rehat tengahari...nak panaskan balik lauk kat pantry pastu ngedate dengan suami. Harap-harap lauk menepati piawaian la ...huhu!

      Delete
  2. kecurrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeee MK.....dap dap! Dah lebur dalam perut laki bini dah....alhamdulillah, kenyang tengahari ni..

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)