04 March 2015

Family Day & Jalan-Jalan KLIA2

4 Mac 2015.

Sambung cerita acara Family Day jabatan di Primaland Resort Convention Centre, Port Dickson tempohari. Bab-bab nak buat ayat bercerita pasal rebiu cuti-cuti ni aku memang tak pandai, tapi I'm definitely a very good listener. Hehehe....

Percutian pendek; 2 hari 1 malam.
Hari Jumaat tu pejabat beri kelepasan kerja separuh hari, lepas lunch dah boleh terus bergerak ke PD. Aku memang tak kemas baju lagi, balik rumah baru kemas sementara tunggu suami pergi solat Jumaat. Bergerak dari rumah jam 4.00 petang memandangkan sebelah petang tak ada apa-apa acara lai cuma check-in. Aturcara Family Day memang simple. Check-in pukul 3 - 6 petang, makan malam tepi pool dari pukul 8.00 - 11.30 malam. Masa makan malam tu adalah diselitkan acara cabutan bertuah dan persembahan pentas.


Sementara nak tunggu makan malam, lepak-lepak tengok tv sambil keluarkan segala macam makanan yang tapau dari rumah.

Lepas solat Maghrib, cepat-cepat bersiap untuk ke acara makan malam. Tak banyak ambil gambar sebab masing-masing dah nampak makanan je. Konsep makan malam jenis buffet. Macam lambat sangat nak start acara, masing-masing dah meluru ke khemah tempat sajian makanan untuk ambil makanan. So far, makanan dia ok la, cuma kesian ikan bakar tak berapa dapat sambutan. Banyak makanan yang tak luak. Masa tu dah terfikir kat kucing-kucing kat rumah. Ni kalau bawak kucing-kucing datang, memang puas makan ikan-ikan tu. Huhuhuhu...

Keesokkan hari, lepas sarapan pagi ada acara senamrobik. Tak join sebab tengok macam crowded sangat dengan ruang terhad, lepak dengan suami sambil tengok gaya masing-masing bersenamrobik. Mata dah dok kerling kat pool je, ramai yang bawak anak-anak dah mula masuk bahagian pool dan cari port nak letak barang.

Nasib baik jumpa port terbaik untuk letak barang-barang kami. Lepas tu apa lagi? Terjun tiruk la...puas ler suami isteri dok berendam dalam kolam sampai tengahari. Join suami main permainan gelongsor berputar tu sambil kemaruk jadinya. Mula-mula macam takut, tapi bila dah sampai ke bawah...seronok plak! Ikutkan ada acara sukaneka yang dibuat waktu tu, tapi sebab dah basah kuyup satu badan, terus malas nak keluar dari kolam.

Keluar dari kolam, masing-masing dah bertukar warna kulit. Hahaha....gelap gulita kulit dibuatnya. Tu pun tak serik lagi! Lepas naik kejap makan jajan, terjun balik dalam kolam sambil layan anak kecik staf opis main air. Suami pun rajin melayan anak dara kecik tu, bawa round dalam kolam. Alahai laki aku ni....

Lepas tengahari, naik balik ke bilik hotel kemas-kemas beg. Siap-siap check out dan join makan tengahari kat tempat yang sama dengan makan malam; tepi pool. Memang tanned habis kulit muka even lepas make-up pun. Pasrah je la kan! Sapa suruh berpanas lama-lama? Ajak suami jalan-jalan ke KLIA2 alang-alang dah ada kat PD ni. As usual, memang google blog-blog yang ajar cara nak ke KLIA2 sebab takut sesat barat nanti.

Alhamdulillah! Sampai juga akhirnya. Memang teruja nak melawat KLIA2 ni, yer la sejak AirAsia pindah dari LCCT ke KLIA2 aku memang tak pernah pergi lagi. Last naik flight pun masa tahun 2013 dulu ke Sabah. Macam-macam ado! Habis tawaf semua ceruk KLIA2 tu sampai sakit-sakit kaki dibuatnya. Owh, kebetulan tengah dok cari tempat makan dengan suami...ternampak Fauziah Gous dengan suami dia kat DOME tengah berbual dengan member-member dia.


4 comments:

  1. nama tempat family day ni dulu tiara beach resort eh? yg ada taman tema air tu ya? patut mcm x cam namanya. tapi tgk gambar yani ni mcm betul dah tempat yg sama... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul ST...dia rebranding kot atau tukar management. Hehe...Yani baru 1st time datang, dulu masa nama dia Tiara hanya lalu je depan hotel ni tak pernah menginap...so far ok la fasiliti dia cuma ada part mcm tiket water theme park masih pakai tag Tiara lagi...

      Delete
  2. akk baru pernah naik skali je flight kt klia2 tu. sokay la. erl pun dah ada sampai situ.. senang la nak pergi balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok la tu KekDa...ada juga pengalaman naik fligth dari KLIA2 tu. Yani ni jenis suka survey dulu, sebab takut kalau2 ada nak bercuti by flight, jenuh juga sesat barat kalau 1st time nak ke sana...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)