17 February 2015

MF2015 : Mulakan Semula Rejim



16 Februari 2015.

Ya Allah, seksanya nak mulakan semula regim bersenam setelah sekian lama mood merundum jatuh tanpa daya nak bangkit semula. Demi Allah, bukan mudah! Diet entah ke mana, bersenam entah ke mana. Nampak gaya kena susun semula jadual seharian terutamanya selepas balik kerja.

Balik kerja - siram pokok bunga / kemas laman rumah - mandi dan solat Maghrib - minum shake / dinner - solat Isyak - masak lauk untuk lunch esok hari - bersenam 45 minit ke 1 jam - bersihkan badan - tidur

Harap dapat kekalkan regim ini untuk hari-hari mendatang. Alhamdulillah, malam ni dapat selesaikan 3 fast miles powerwalk walaupun menangis dalam hati sebab 2nd miles dah rasa nak pancit sangat-sangat. Lengan lenguh sebab dah lama tak angkat dumbell. 3lbs jer pun...hati dok berkata-kata bila nak abis video powerwalk ni! Nasib baik tak give-up separuh jalan.

4 comments:

  1. huhuu..memang susah nak start balik bila dah berenti lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. How's your progress ST? Yani ni macam dah jauh sangat kelautnya dalam bab diet dan senaman....bad mood jadinya, tapi dalam masa yg sama masih takde semangat nak clean diet....

      Delete
  2. iya pon dah lama x bersenam.hehehe.cayok yaniii :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu...chaiyok untuk kita semua!! Ni cuti raya cin ni harap-harap diet tak terbabas....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)