31 December 2014

Zakat Pendapatan 2014

31 Disember 2014.

Semalam lepas appointment di GH Melaka, aku ke Pusat Zakat Melaka untuk buat pembayaran zakat pendapatan tahun 2014. Sebenarnya aku belum buat pemotongan gaji zakat bulanan, asyik bertangguh je...isk! Jadi, kali ni nak buat dua benda penting iaitu bayar zakat pendapatan setahun dan mengisi borang potongan gaji zakat pendapatan untuk tahun bermula 2015.

Masa kat kaunter, aku minta staf PZM buatkan pengiraan sebab aku memang tak arif bab-bab pengiraan ni. Lepas kira-kira, staf PZM cakap kena bayar RM881.04...hambik! Huhuhu....Ni yang buat aku lagi berkobar-kobar nak buat potongan bulanan dari gaji je. Staf tu cakap kalau buat potongan bulanan, setiap bulan akan dipotong sebanyak RM70-RM80 je.

Kebetulan lepas bayar, on the way ke rumah kakak aku untuk hantar sambal hitam Pahang tu, boleh pulak ternampak kain rentang pasal pembayaran zakat pendapatan dekat lampu trafik. Phew...nasib baik sempat! Rupanya last pembayaran adalah sebelum 31 Disember 2014.

Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawap...

Masa whatsapp dengan adik beradik pasal zakat pendapatan ni, kakak aku sebut macam ni....

"Pesanan mak yang Ateh masih ingat...selesaikan hutang dulu, baru hati kita tenang walaupun sedikit je duit kita. Always...remind diri kita tentang rukun Islam...tunaikan zakat. Jangan sedih...banyak lagi rezeki yang Allah nak bagi kalau kita dekat denganNya"

6 comments:

  1. tahun ni, kt sini siap dapat kad touch n go. hihihi.
    akk tk buat potongan gaji sbb tetiap tahun ada kenaikan gaji kan.. nanti sama juga kan jalan citer nya, kena p buat pelarasan (atau buleh buat secara online pelarasan tu?).. jadi, tetiap bulan dapat gaji, akak dah asing sesiap yg zakat..simpan.. nanti akhir tahun bayar.

    Bayar bebila pun buleh sebenarnya, tp sblm 31hb supaya dpat pelepasan cukai utk tahun tersebut :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, baca kat FB status member kat Selangor kelmarin, dia pun cakap dpt free gift kad TnG yg ada design pusat zakat...kat Melaka bagi benda biasa mcm kalender, pen, stiker kereta dan buku tahlil. Ok jugak la tu...lain pusat zakat negeri, lain inisiatif free gift dia bagi kot.

      Tapi rasa mmg kena buat potongan bulanan jugak la (untuk Yani la) sebab takut hujung2 tahun terlupa plak nanti...hehhe

      Delete
  2. kita buat potongan zakat setiap bulan daripada gaji...memang tak terbeban buat bayaran...sebab dah tolak gaji...nanti bila ada kenaikan gaji akan buat pelarasan balik ikut gaji baru plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu....dari tahun lepas bertangguh, so semlm dah siap2 isi borang potongan gaji utk tahun 2015...harap2 lepas ni masalah terlupa nak bayar tak timbul lagi dan tak bersesak di pusat zakat utk buat pembayaran zakat last2 minute....

      Delete
  3. i buat potongan gaji, ambik quota potongan cukai berjadual... biarlah terlebih bayar zakat, i would rather bayar zakat lebih dari bayar ke LHDN... hehehehe :-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, prinsip kita sama...better bayar zakat pendapatan lebih dari bayar kat LHDN tu...huhu!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)