8 Disember 2014.
Hari Jumaat lepas, hari kedua SDSI bermula, memang dah tak boleh tahan diri dari singgah jenguk apa yang ada di SDSI ni. Lepas waktu kerja, ajak suami singgah makan malam di khemah besar di luar perkarangan MITC. Ini kali pertama aku makan mee kolok Sarawak, alhamdulillah sedap. Kami pun ada makan udang sanggul dari booth Perak. Suami makan burger kukus lava dari booth negeri Selangor. Nak balik tu, sempat lagi bungkus rojak pasembuq dari booth Pulau Pinang untuk makan di rumah.
Hari Sabtu, pergi Seremban ambil mak mertua dan bapa mertua untuk bawa berjalan-jalan di SDSI. Terasa janggal bila tak ada arwah mak. Memang tahun ni rasa berbelah bahagi rasa hati bilamana kebiasaan memang bawa arwah mak ke SDSI ni setiap tahun.
Sesampai je di MITC, terus bawa mertua makan di khemah besar luar untuk makan tengahari. Kali ni berpeluang makan nasi kerabu Kelantan, puding raja Pahang, dan air bambangan (buah embang) Sabah. Ulang makan udang sanggul Perak, rojak pasembur Pulau Pinang dan mee kolok Sarawak. Huhuhu...dah kenyang perut baru masuk ke bahagian dalam pameran SDSI.
Kat bahagian dalam pameran SDSI, memang puas cuci mata dan kenyang perut dibuatnya. Semua booth negeri ada beri free tester, kiri kanan orang dok hulur makanan dan minuman. Singgah di booth FELDA, ada promosi produk baru FELDA iaitu schneeballen (atau dalam bahasa German bermaksud snowball). Haritu masa program MAHA 2014, ada blogger yang rebiu pasal schneeballen ni. So, takde la macam terpinga-pinga bila berada di booth FELDA. Sempat beli 3 ketul schneeballen ni untuk kami dan mertua.
Bergambar dengan mertua. Orang tua biasalah, citarasa dia lain daripada kita yang muda-muda ni. Mertua banyak singgah di booth produk klasik macam pertukangan kayu dan ukiran. Nampak tak meja kat gambar sebelah bawah kanan tu? Meja kayu tu memang cantik dan ada fungsi untuk main dam dan congkak serta ciri kerusi yang memang boleh ditarik dari bahagian bawah meja.....harga? RM6000...huhuh....tapi serius, memang tertawan hati.
Ni cara makan Schneeballen; kalau nak makan kena pecahkan dengan something macam tukul. Aku pakai lesung batu je. Huhuhu....ambil tiga perisa iaitu Nutsy Choco, Snow Conut dan Ivy Cinnamon.
Tahun ni tak banyak beli barang-barang di SDSI. Ada benda yang di cari tak jumpa kali ni. Contohnya, ikan pekasam ikan loma. Memang dah niat awal-awal nak buat stok kat rumah. Boleh pula masa ke booth Negeri Perak, orang yang menjual produk laut kata tahun ni tak ada bawa ikan pekasam ikan loma! Yang dibawa tahun ni cuma ikan pekasam ikan sepat. Itu aku tak mahu. Emo pula kejap aku kat situ, huhuhu....siap cakap dengan suami "Ni kalau tengah mengidam/mengandung...mahu anak keluar nanti meleleh air liur ni sebab tak dapat makan ikan pekasam."
Pastu, dapatlah beli keropok amplang merotai perasa ikan dan sotong dari booth Sabah. Lepaskan hajat! Di booth Sarawak pula, aku sungguh-sungguh cari kek lapis Sarawak yang perisa original, dah muak kot makan kek lapis yang macam-macam perisa tu, back to basic la pula kali ni. Auntie yang jual kek lapis tu macam terkejut sebab aku seboleh-boleh nak kek lapis yang perisa original sebab kebanyakan yang datang cari perisa manis dan warna-warni tu. Lama juga auntie tu dok punggah cari kek lapis yang aku nak tu. Kih kih kih....
P/s: Masa nak keluar dari dewan MITC tu sempat tanya suami...nampak tak sesiapa yang naik wheelchair sepanjang kita berada dalam dewan ni? Suami kata tak nampak pun. Memang pun, rasanya tahun lepas arwah mak seorang je yang naik wheelchair kami bawa round satu dewan. Tahun ni dah takde dah....
wah seronoknya, menariknya...tak apa... Al-Fatihah untuk arwah mak yer...
ReplyDeleteMemang seronok tapi tetap rasa 'kekurangan dan kekosongan' dalam hati....terima kasih sedekahkan Al-Fatihah buat arwah mak Yani...
Delete