03 November 2014

Mimpikan Arwah Mak


4 November 2014.

Subuh semalam (Isnin 3 Nov 2014) aku mimpikan arwah mak. Indahnya mimpi itu. Rupanya bukan aku sahaja yang mimpikan arwah mak semalam...teman sebantal (suami) pun mimpikan arwah mak juga. Aku tak pasti apa mimpi yang suami dapat tapi suami ada sebut nampak mak macam dulu.

Seingat aku, dalam mimpi aku...kami adik beradik ada di sekeliling arwah mak. Yang aku paling ingat, aku duduk sebelah kiri badan mak, bersebelahan adik bongsu aku. Dalam keadaan mak mengiring sebelah kanan mak sambil mata terkatup rapat....mak sebut nama aku "Ida mana...Ida ada tak...Ida mana". Aku paut tangan mak dan menyahut kata aku ada depan mak. Aku cium pipi mak. Lepas tu mimpi tu hilang macam tu je bila aku terbangun dekat-dekat Subuh.

Sebenarnya lewat petang Ahad kelmarin, aku dan suami ada ke kubur arwah mak menjenguk dan niat nak siram rumput atas kubur. Aku nak melepaskan rindu pada arwah mak. Bila tengok rumput karpet atas kubur mak macam hidup tak hidup je...hati kecil aku terdetik "rumput pun merajuk nak tumbuh, sebab anak-anak mak jarang datang menjenguk" Sebaknya rasa hati.

P/s : Ini kali pertama aku mimpikan arwah mak lepas pemergiannya. Al-Fatihah .....

4 comments:

  1. Replies
    1. Rindu pada yang dah tiada tak ada penghujungnya....

      Delete
  2. Smg rohnya dicucuri Rahmat, berkat doa anak2 nya...jarang dapat datang ke kubur, x pe yani, yg penting doa dari anak2 x putus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ST, sekarang ni memang biasakan diri setiap Khamis malam Jumaat atau Jumaat pagi sedekahkan surah Al-Fatihah dan Yasin untuk arwah Abah dan Mak, serta arwah datuk dan nenek kedua-dua belah...tu jer cara nak lepaskan rindu pada mereka semua.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)