13 November 2014

Jelajah SDSI 2014

13 November 2014.

Dah sebulan dua ni hati dok tertanya-tanya bila acara tahunan di Melaka ni nak dibuat oleh Kerajaan Negeri. Nak tanya staf UPEN, macam malas pulak. Sekali semalam masa nak thumbprint, ternampak banting ni kat tepi laluan pejabat. Tahun ni, acara SDSI akan diadakan di MITC Ayer Keroh, Melaka pada 4-7 Disember 2014. Setiap tahun ni la acara tahunan yang aku selalu nanti-nantikan. Seronok pergi bawa arwah mak, arwah bibik dan suami untuk makan-makan dan beli macam-macam barang.

Tapi tahun ni hati aku jadi sayu. Rupanya tahun lepas merupakan tahun terakhir aku berpeluang bawa arwah mak dan arwah bibik ke SDSI ni. Malam tadi godek handphone lama, terjumpa sekeping je gambar yang diambil masa di SDSI tu, itu pun gambar arwah mak dan bibik. Gambar aku suami isteri sekeping pun tak ada. Betul cakap Yana, ada hikmahnya Allah SWT gerakkan hati aku untuk ambil gambar ni masa itu. Kalau tidak, memang tiada langsung gambar kenangan kedua-dua insan ini.

Tahun ni rasa janggal je nak pergi berdua dengan suami, aku nak ajak famili adik bongsu pergi sama nanti, inshaAllah. Kot terjumpa pekasam ikan loma kat booth negeri Perak nanti, mesti teringatkan kat arwah mak, favourite arwah mak ni.
 
Rindunya wajah kedua-dua insan ni...Al-Fatihah!

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)