30 October 2014

Makan Malam Ulangtahun Ke-4

30 Oktober 2014.

Semalam sambut ulangtahun di The Windmill Station (TWS) dekat-dekat sini je. Eh, sakit kepala jugak nak fikirkan mana tempat sesuai nak dinner untuk special occasion macam ni, sebab aku jenis redah kedai-kedai makan biasa je. 

Masa arwah mak ada, setiap kali sambut ulangtahun perkahwinan, bawak arwah mak dan arwah bibik keluar makan kat kedai Sri Percik je. Tahun ni sunyi je makan malam berdua suami isteri. Turn nak celebrate secara gathering ramai-ramai dengan adik beradik kena cari masa, kebetulan kakak aku baru seminggu dua berpantang, tak seronok pula nak celebrate dengan adik beradik lain tapi dia tak ikut sama.

Masa lunch semalam, tanya suami nak sambut kat mana? Dia pun blur. Aku cadangkan nak pergi makan ikan bakar kat Muara Duyong. Tapi, rasa macam janggal je makan berdua, lagipun suami bukan jenis makan seafood sangat, dia tak galak macam yeay bestnyer makan ikan bakar macam aku...hurm. Lepas tu, terfikir nak gi makan kat Restoren Wong Solo, Banda Hilir. Nasib baik member opis ingatkan, jalan kat Banda Hilir dah banyak kena block sebab ada persiapan sempena Hari Deepavali peringkat Negeri Melaka di sana....so, memang menempah maut la kalau nak bersesak-sesak jammed bagai kat jalan sedia ada sempit di Banda Hilir tu, so cancel plan.


Buka laman web TWS, nampak ada promosi sempena Deepavali. Eh, macam menarik je. Terus print pamplet promosi untuk redeem. Settle! Disebabkan TWS ni berdekatan dengan tempat kerja suami, terus drive ke sana, singgah solat Maghrib kat surau taman perumahan Bukit Beruang. Sesampai je kat TWS, tengok macam penuh tapi masih ada satu dua meja kosong. Nasib baik kami sampai awal 5 minit, sebaik je duduk berderu pula ramai orang masuk, kebanyakkan student MMU. Ingatkan bila ramai orang macam tu, mesti order kami lambat sampai, tapi Alhamdulillah tak! Sekejap je tunggu, makanan dan minuman dah dihantar ke meja kami.


Ada ambil side menu untuk tambah-tambah; onion ring dan mashed potato. Rasa ok la dengan harga RM39.60 tu kan? Makan pun tak habis, bukan sebab tak sedap tapi perut dah tak biasa makan large volume macam ni, jadi sekejap je dah mengah suami isteri. Sampai tolak-tolak kat pinggan masing-masing suruh habiskan. Hehehe....

Kebetulan malam tadi ada dua meja yang sambut birthday, satu adik kecik sebelah meja aku dan satu lagi remaja selang beberapa meja dari kami duduk. Tetiba je ada bunyi lagu Happy Birthday dalam TWS, memang semua terkejut tapi sama-sama nyanyi, dah tu siap tepuk tangan. Best, best! Kami tumpang tepuk tangan je la...*apsal tak de lagu untuk orang sambut ulangtahun kan? Kalau tak, mesti sweet je rasa...*

Belanja gambar orang yang sambut ulangtahun perkahwinan yang ke-4.

2 comments:

  1. cam best je..
    akak pun blur je nak celebrate kat mana bulan depan nih.. jatuh hari Sabtu n Ahad pulak tu..mmg sesuai dah. (Sabtu - anniv, Ahad - bufday akak). Bulan 1 baru pergi jalan2 sambut post-anniv. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. KekDa kalau celebrate anniversary/ birthday selalu bawak famili/siblings tak? Kalau bawak, memang happening la..Bulan 1? Wahhh....tahun depan Yani tak tahu nak pergi mana lagi, tengah berbelah bahagi, nak simpan duit untuk rawatan atau nak bercuti....dua-dua sama penting.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)