4 September 2014.
Apa yang kita rasa dalam hati bile suami luahkan perasaan dalam hati dia macam ni.....
"Kat tempat kerja lama Abang dulu, semua budak-budak yang kawin lepas atau lambat dari Abang, semua dah ada anak"
Aku tahu, dia hanya meluahkan, tak sedikit pun ada niat nak menyalahkan diri sesiapa.
Remuk seremuk-remuknya rasa hati ini, rasa macam loser sangat-sangat.
P/s: Bulan depan genap 4 tahun ulang tahun perkahwinan kami suami isteri.
normal yani, kita bukan robot... InshaAllah, kita yakin ada rezeki tu nanti...amin... for the time being, pujuk hati sendiri k... dia pon x perasan, kata2 tu sebenarnya mengguris hati kita... let it go dear...take care...
ReplyDeleteST, masa dia cakap tu, kami tgh lunch sama2 kat food court Mydin. Memang terkedu terus, airmata dah bergenang dah, tggu nak jatuh je. Hilang terus selera nak habiskan makanan. He did fix the awkward situation...dia cakap "Mungkin Allah nak kita enjoy puas-puas hidup berdua"
DeleteTapi hati once dah remuk, lupakan macam mana pun ayat tu still kekal berparut, ain't it?
rina fhm yani, keadaan kami pun mcm tu juga. semua dah ada anak, yang kahwin selepas pun ada anak dah. bulan depan pun ulang tahun perkahwinan rina yang 3.
ReplyDeleteRina, sebenarnya tgh pressure dalam diri sendiri bila fikirkan next month dah 4th anniversary tapi masih belum dapat hadiahkan suami 'zuriat'.....nak cuba positifkan diri tapi still drift away dengan rasa kekurangan dan rasa nak sgt anak...
DeleteMemang Yani,.keinginan kita mengatasi rasional akal, lagi2 kalau tengah sentap,namun kalau difikirkan,nikmat Allah pelbagai bentuk,kita tiada anak lg,tp masih ada suami,tengok mangsa2 musibah,anak ada,suami pula dijemput Ilahi,kita ada masa lapang,nk ke mana2 just pegi je,kita juga buat masa ini dihindarkan Allah dr menghadapi masalah negatif berkaitan anak.kita hr2 doa nk zuriat soleh dan solehah,juga satu nikmat.usaha2 yg kita buat juga satu nikmat,pahalanya inshaAllah ada,ditambah air mata kita yg gugur kerana bersabar juga satu nikmat,yakinlah yani,kerana kasih sayanng Allah yg Maha Agung,kita diuji.geng ttc tak ramai..1 dari 10.mengapa kita yg 1 itu.kerana kita special..jadi,marilah kita jaga kespecialan kita pada penilaian Allah..lantakkan penilaian manusia *hugs*
ReplyDeleteAlhamdulillah, tenang hati bila baca komen kak Nuriz. Betul, bila kita terlalu fokus pada kekurangan, kita tak nampak kelebihan yang kita dah ada depan mata. Thanks alot Kak Nuriz...mungkin juga perasaan negatif ni makin menjadi-jadi bila seminggu dua ni emosi terganggu dengan berita beberapa orang disekeliling kembali mengandung, orang dok promote produk membantu kehamilan dalam FB kat Yani....hati jadi sentap pula.
DeleteSetuju ngn nuriz...sy pn taun ni dh msk taun ke6 usia perkahwinan kami.sape x sedih...tiap kali nk anniversary mesti terigt betapa rasa kekurangannya diri ini sbb masih x mampu lahirkn zuriat tuk somi.Apapun..pilihlh bahagia..positifkn diri.buat sgala aktiviti n luangkn masa bersama selagi blh.Ada hikmah tetsembunyi nape kita lmbt dpt zuriat ni dan hanya Allah yg tahu...
ReplyDeleteThanks alot Ieda Jeff, inshaAllah....Yani akan cuba.
DeleteMasa sedih tadi, Yani mungkin terlupa untuk renung nasib rakan TTC yang lebih lama tempoh perkahwinan diuji tanpa kehadiran zuriat, diuji dengan macam-macam masalah kesihatan dan lain-lain lagi. Malu rasanya pada diri sendiri. 1 je nikmat Allah tangguhkan, sedangkan 99 nikmat lain Allah dah berikan....Allahuakhbar!
Ya Allah permudahkanlah bg yani dan yg lain2.. Hana sendri pun dah tahun ke 7.. Semoga Allah permudahkn urusan kita semua. Smlm bru je buat HSG tu pun rsa cam tak tertanggung..
ReplyDeleteTerima kasih atas doa Hana tu untuk kami semua...inshaAllah, Allah Maha Mendengar semua doa2 kita sama ada terungkap di bibir atau bisu di hati...Allah SWT tahu...
Delete7 tahun ye Hana? Yani baru je Allah duga hampir 4 tahun berkahwin...rasa segan bila mengeluh mcm ni....
Sebetulnya Hana pun macam tak perasan dah masuk tahun ke 7.. Hana tak fikir sangat benda ni. Sibukkan diri dengan aktiviti lain. kalau balik rumah xde benda buat tu yang banyak fikir. So hana penuhkan dgn aktiviti antaranya pergi gym ikut aktiviti berkumpulan, pastu buat bisnes part time dan sekarang sambung belajar hujung minggu.. so memang sangat busy..Tapi family hana dan husband sangat memahami..
ReplyDeleteHana, Yani ni masa arwah mak dan bibik masih ada, jarang-jarang/kurang fikirkan sangat bab 'kesunyian' tanpa anak ni....sebab memang sibuk uruskan arwah mak gi buat dialisis dan keluar masuk hospital. Tapi lepas arwah mak dan bibik meninggal, kami suami isteri tinggal berdua je di rumah, kesunyian tu muncul dan makin terasa setiap hari.
DeleteKat opis memang sibuk sampai tak terfikir apa-apa/layan emosi, tapi once sampai rumah....sunyi sangat rasanya.
Salam perkenalan yani, memang betul apa yang rakan-rakan diatas katakan tu. Hanim doakan agar Allah memberikan ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan. Kita hanya boleh berpegang pada setiap yang berlaku ada hikmahnya, dan yakin Allah ada sesuatu yang lebih baik untuk kita ... kalau bukan di dunia pastinya di akhirat.
ReplyDeleteMoga kebahagiaan yani dan suami berpanjangan hingga ke syurga. Selamat ulangtahun yang ke-4 :)
Terima kasih Hanim....terima kasih atas nasihat dan juga kunjungan balas ke blog Yani ni. :) InshaAllah....emosi dah kembali stabil dan tenang, dah tak nak fikir2 benda negatif dan ikut mood sedih.
DeleteMungkin Allah SWT nak bagi kami kenal hati budi masing2 dan honeymoon puas2 sebelum diberi tanggungjawap menjaga amanah Allah yang satu tu...
Yani, lama L xon jenguk2 blog Yani. L faham perasaan Yani tu, tp pd L Yani skrg tgh berusaha, satu persatu.. InsyaAllah L doakan rezeki buat Yani. Hugs. Be strong.
ReplyDeleteInshaAllah L.....terima kasih mendoakan....Yani ni tgh makan Provera 4 bulan, jadi 4 bulan la tak ada usaha TTC....mood pun kelaut...
Delete